SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 44
1
PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
2
2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
Sejarah
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa
dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama
sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
3
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di
setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan
kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
4
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan
nilai-nilai murni.
Format Ujian
1. Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun Negara.
2. Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus soalan-soalan
objektif & subjektif yang berkenaan
3.0 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
5
Lambang Pengakap Malaysia
 Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut
undang-undang Pengakap.
 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang
sepuluh.
 Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
 Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
 Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
 Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia".
 Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"
 Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan
lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan
Format Ujian :
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
6
LAMBANG PENGAKAP DUNIA
Lambang Pengakap Dunia
 Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada
Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
 Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
 Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
 Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
 Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
 Warna putih-kesucian dan kebersihan.
5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA
Hormat Pengakap
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan
sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga
pengertian:
7
Kaedah memberi hormat
8
Hormat bertongkat kedudukan berjalan
9
Hormat bertongkat kedudukan berjalan
Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap
Salam Persetiaan
10
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak
tangan hadapan)
Kaedah memberi Persetiaan
Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama
lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备)
Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Pengakap Budika - Berkhidmat
11
Format Ujian :
 Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa
menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).
 Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata Pengakap dan
kumpulan.
6.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD
BADEN POWELL
Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi
pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham,
England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan
Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands
telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of
Malayan Scouting".
Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan
Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:
 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari
1930).
 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
12
 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
 Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada
pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh
pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas
malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku
Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-
2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa)
pada 1hb September 1957.
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang
mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan
Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap
Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan
Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah,
Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka,
Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan
rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50
Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah
Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif &
objektif yang berkenaan.
13
Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.
Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907.
Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang
pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun
1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di
sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord
Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell,
seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang
Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik
beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil
beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa
tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran
kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma
pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19
tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke
Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera.
Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai
dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards
di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan
kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk
melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi
bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah
tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah
dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
14
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga
perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk
menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan
bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar
yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900,
sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.
pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-
kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten
Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau
untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah
dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.
Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to
Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada
tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan
Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang
dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu
perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25
Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam
perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong
Baden Powell.
Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan
mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan
pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada
lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru
telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap
sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat
Leftenan Jeneral.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil
15
bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh
Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London.
Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di
dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori
dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari
dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia,
London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia
atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang
diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu
Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan
penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi
semperna Gilwell Park.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari
pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau
Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia
Pengakap selama 33 tahun.
Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri
dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden
Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo
Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan
batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".
Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-
kerjamu.
16
Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan-
soalan subjektif & objektif yang berkenaan.
Lagu Pengakap
LIRIK LAGU PENGAKAP
1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
17
2. Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani
sungguh cantik paras ani
hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang
tidur malam mimpi-mimpi
ani datang ke rumah
tapi sayang ani pergi
hati ani berubah
3. Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu2 pinggang
goyang2 pinggul
4 Pindahkan tempat
Pindahkan tempat
batu kecil ini
pindahkan ia kesana kemari
sibetina betina bertelur
telur tinggal satu
telur-telur-telur-telur
5.Tarian Gajah
bila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan
lenggok kekiri
lalu menjemput seekor gajah lagi
18
6.Lemak Manis Santan Kelapa
Hai lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi-amboi
Cantik manis ala amboi-amboi
Anak siapa
Dua tiga sikucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua lah tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang
7. DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
8. KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu
(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana
19
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera
(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
10. IBUNG
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Oh ibung tinggal gundar
Ke mana abang melayang
Ke mana abang mdelayang
Mama o mama tolong nasibku
Mama o mama tolong nasibku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
20
11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
12. Yei ipoi
Yei poi itai-tai (3X)
Eii yakkk
Yei poi itai-tai (2X)
Yei poi itu-itu
Eii yakkk
13. Kemuka ke belakang
kemuka ke belakang
ke samping lalu silang
muka belakang
samping lalu samping
14. Lai Ci Kang
lai chi kang semangkuk dua kupang
lai chi kang semangkuk dua kupang
makan satu tak kenyang
semangkuk dua kupang
21
15. APA GUNA KELUH KESAH
Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap tak pernah bersusah
Apa guna keluh kesah
There is no reason to be sad
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
16. Lagu KFC
Oh pizza hut Oh pizza hut
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut
Oh McDonald Oh Mcdonald
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut
Char kuetiaw Char kuetiaw
Roti canai char kuewtiaw
teh tarik teh tarik
Roti canai char kuewtiaw
17. Mentari dan Bulan
Ho hoi mentari maharaja siang
Hoi hoi rembulan permaisuri malam
Di waktu siang mentari menjelang
Di waktu malam bulan pun mengambang
Di kala itu pengakap berdendang
Demi cita-cita sampai ke bintan
22
18. Opek-opek
Opek opek opek opekkkkk
Buat sehabis baik
Opek opek opek opekkkkk
kami buat sehabis baik
Anak ayam turunlah lima (opek-opek)
mati seekor tinggallah empat
....
Anak ayam turun lah satu
lari-lari terlanggar batu.....habis
19. BURUNG BERBUNYI
Dengarlah itu burung berbunyi
Bagai suara orang menyanyi
Riang gembira bercampur sayu
Sambil terbang ke hilir ke hulu
Terbang kerana mencari makan
Selagi ada nyawa di badan
Di waktu petang mencari pokok
Untuk tidur menantikan esok
20 TANYA SAMA POKOK
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
23
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang
21. BERTEMU DAN BERPISAH
Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
22. Apuse
Apuse ko -kon da-oo
ya - rabay soron do vei-vei
Of lenso beni de-mo , beni - fa - say
Of lenso beni de-mo , beni - fa - say
Ara fa-bay , as-wa rak-wa
Ara fa-bay . as-wa rak wa
Selamat tinggal kawan, kita kan berjumpa lagi,
Selamat-ku doakan engkau pergi,
Selamat-ku doakan engkau pergi,
Selamat jalan......jumpa lagi,
Selamat jalan.......jumpa lagi.
23. Selamat Jumpa
Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Hiro,
Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, Hiro.
24
24. Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.
25. Anak itik
Anak itik tok wi mandi dalam kolam
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
Ubat aper tok wi, ubat limau lelah
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
26. Mandolo
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!!
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!!
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!
25
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing
golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui
pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar
remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan
pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa
Pengakap Sedunia".
Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas
penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides")
pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell .
Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan
Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai
penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan
Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri.
Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang
pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika
Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang
Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang
berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia
membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut
dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut
dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar
tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana,
gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil
Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya
mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan
tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada
1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
26
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell
berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni
Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat,
kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan
remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada
1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk
menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari
latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu,
bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah
organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci
kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka
dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas
menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan
lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk
mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul
sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi
pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell
bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys'
Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan
membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan
Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri.
Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap
Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat
menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa,
latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan
kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan
tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin
yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
27
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang
Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang
Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan
memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang
Perang Dunia
Lord Robert Baden-Powell
28
Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia
Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka
pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu
menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada
tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk
budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan,
yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan
paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P.
Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran
Pahang.
Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh
masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah
berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong
Persuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa
oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.
Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah
E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.
Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari
Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan
Abu Bakar) Johor Bharu.
Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang
bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap
29
di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M.
Tengku Temenggong.
Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada
tahun 1931.
Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915.
Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap
sehingga tahun 1930.
Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri
dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua,
Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan
Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi
persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan
pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap
dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan
Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi
anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan
Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu dan telah
dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang
tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh
Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan
Pengakap Malaysia
30
Persekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM
(The Scouts Association of Malaysia)
merupakan sebuah organisasi yang
bertanggungjawab diatas semua aktiviti
berpengakap di Malaysia.
PPM merupakan sebahagian
daripada pergerakan
pengakap dunia dan juga merupakan a
hli kepada World Organization of the
Scout Movement (WOSM).
Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan
dalam tahun 1908 dan secara rasminya
ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan
merupakan salah satu badan beruniform
yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia.
PPM berdaftar sebagai ahli dengan
WOSMpada tahun 1957.
Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan
kepada prinsip dan
undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat
tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga
bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal
bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan
jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan
masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.
Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan.
31
Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya
dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh
pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem
patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang
dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan
aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis
Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu
kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop,
Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali
sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop.
MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal,
intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan
masyarakat antarabangsa.
MISI PENGAKAP MALAYSIA
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai
berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang
lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang
berguna untuk masyarakat dengan :
·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal
·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab
dan komited
·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang
ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan
berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat
baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan
kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan
fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
32
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai
kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga
masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk
warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
a
33
LOGO PERSATUAN PENGAKAP
Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
34
SIMPULAN DAN IKATAN
BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar,
misalnya tali perahu dengan tali kapal
SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga
digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
35
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau
apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Makna Undang-undang Pengakap
1. Dipercayai
Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk
Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya-
Upayanya.
2. Taat
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara,
Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-
Orang Di Bawahnya.
3. Berguna
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan
Menolong Orang Pada Setiap Masa
4. Bersaudara
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara
Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa,
Pangkat Atau Agama Sekalipun.
5. Berbudi Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia
36
Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan,
Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan
Sebagainya.
6.
Kasihkan
binatang
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu
Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita
Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali
Binatang Yang Merbahaya.
7. Menurut perintah
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau
Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan
Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.
8. Tabah hati
Pengakap MestilahSentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu
Walaupun Dalam Kesusahan.
9. Berjimat
Pengakap MestilahSentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal
Perbelanjaannya.
10.
Suci fikiran,
perkataan dan
perbuatan
Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya
Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah
Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang
Keji
Hormat Pengakap
Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah
kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam
keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening.
Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam
persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan
negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-
undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi
hormat tiga jari seperti rajah di sebelah.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Bersedia
37
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Lencana Keahlian
1) Peraturan pakaian seragam
2) Prinsip Rukun Negara
3) Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia
4) Persetiaan & undang-undang pengakap
5) Hormat dan cogan kata pengakap
6) Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia
7) Simpulan
Peraturan Pakaian Seragam
38
. . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
. . . . . . . . . . . .
Prinsip Rukun Negara
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.
Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia
Lambang Pengakap Malaysia
a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan
Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong
39
orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".
b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan
undang-undang Pengakap yang sepuluh.
c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri
dalam Malaysia"
d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama
Islam".
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"
g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang Pengakap Dunia
a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya
dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan
Pengakap seluruh dunia.'
b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang
membawa maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang
itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap.
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa
erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.
Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya
saya akan :
40
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.
Undang-undang Pengakap
1) dipercayai
2) taat
3) berguna
4) bersaudara
5) berbudi
6) kasihkan binatang
7) menurut perintah
8) tabah hati
9) berjimat
10) suci fikiran, perkataan, perbuatan
Hormat dan Cogan Kata Pengakap
Hormat Pengakap
- diberikan semasa :
a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau
orang kenamaan.
b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda : Selalu Sedia
41
Pengakap Remaja : Pandang Luas
Pengakap Kelana : Berkhidmat
Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia
Sejarah Pengakap Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands
seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor
( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah
Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah
senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks,A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracledi Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1
Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun
1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap
bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini
telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar
Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula
sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki,
beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "
Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui
peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia
ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan
pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di
Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara
pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada
42
tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut
ulangtahun ke 84.
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Sumber :
http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html
Simpulan
Simpul Buka Sila ( Reef Knot )
- mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama
besar saiznya.
Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )
- menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak
sama besar.
Simpul Manuk ( Clove Hitch )
43
- mengikat tali pada tiang atau balak.
- memula & mematikan sesuatu ikatan.
Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
- membuat tajul yang tidak boleh menjerut.
- digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.
Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches )
- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.
- mengikat hujung tali khemah.
Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )
- mematikan hujung tali
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/
* Plagiarism is not allowed.
44
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanPutih Kertas
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumNorazul89
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahgschong83
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysianurkasihsolehah
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018Jagan Arumugam
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Was ist angesagt? (20)

Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Arahan kawad
Arahan kawadArahan kawad
Arahan kawad
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahan
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulum
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolah
 
Sesi 1 sejarah pengakap
Sesi 1   sejarah pengakapSesi 1   sejarah pengakap
Sesi 1 sejarah pengakap
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Ähnlich wie Nota pengakap

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraHome
 
Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Khai Khai
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Fatin Asyiqin
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Habibi Syamsuddin
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxSHUMJINGFUN
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan Mel Cassie
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxeowyy
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.docssuser32ec5a
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 

Ähnlich wie Nota pengakap (20)

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Rukunnegara
RukunnegaraRukunnegara
Rukunnegara
 
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdfSJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
SJ-T5 NOTA CUKUP MAKAN 2021.pdf
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
 
Topik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptxTopik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptx
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
 
Has asasi
Has asasiHas asasi
Has asasi
 
Ideologi
IdeologiIdeologi
Ideologi
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 

Nota pengakap

  • 2. 2 2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang  Kesopanan dan Kesusilaan Sejarah Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara 1. Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
  • 3. 3 keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. 3. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. 4. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
  • 4. 4 bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. 5. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Format Ujian 1. Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun Negara. 2. Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus soalan-soalan objektif & subjektif yang berkenaan 3.0 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
  • 5. 5 Lambang Pengakap Malaysia  Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.  Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.  Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"  Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"  Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".  Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".  Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: Kuning "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau "Pengakap Muda", Merah "Pengakap Remaja"  Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan Format Ujian : Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • 6. 6 LAMBANG PENGAKAP DUNIA Lambang Pengakap Dunia  Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.  Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.  Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.  Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.  Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.  Warna putih-kesucian dan kebersihan. 5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA Hormat Pengakap Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:
  • 9. 9 Hormat bertongkat kedudukan berjalan Salam Penghormatan Kepada ketua Kepada bendera yang dinaikkan Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan Kepada jenazah Salam Biasa Kepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap Salam Persetiaan
  • 10. 10 Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan) Kaedah memberi Persetiaan Cogan Kata Pengakap (Scout Motto) Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut: Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备) Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat Pengakap Budika - Berkhidmat
  • 11. 11 Format Ujian :  Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).  Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata Pengakap dan kumpulan. 6.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD BADEN POWELL Sejarah Pengakap Di Malaysia Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting". Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:  1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan  1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School  1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).  1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield  1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar  1926 - Melaka, oleh R. Brunstone  1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith  1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar  1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle  1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
  • 12. 12  1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).  1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.  Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke- 2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. Format Ujian : Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif & objektif yang berkenaan.
  • 13. 13 Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
  • 14. 14 Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak- kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil
  • 15. 15 bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja- kerjamu.
  • 16. 16 Format Ujian : Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan- soalan subjektif & objektif yang berkenaan. Lagu Pengakap LIRIK LAGU PENGAKAP 1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
  • 17. 17 2. Tepi Gunung tepi gunung air terjun tempat orang bermain tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang betis bagai beting padi tak jemu mata memandang tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah tapi sayang ani pergi hati ani berubah 3. Senaman monyet satu ekor monyet (2x) gayut atas pokok (2x) garu2 pinggang goyang2 pinggul 4 Pindahkan tempat Pindahkan tempat batu kecil ini pindahkan ia kesana kemari sibetina betina bertelur telur tinggal satu telur-telur-telur-telur 5.Tarian Gajah bila bunga kembang berseri seekor gajah keluar menari lenggok ke kanan lenggok kekiri lalu menjemput seekor gajah lagi
  • 18. 18 6.Lemak Manis Santan Kelapa Hai lemak manis ala amboi-amboi Santan kelapa ala amboi-amboi Cantik manis ala amboi-amboi Anak siapa Dua tiga sikucing berlari Mana nak sama sikucing belang Dua lah tiga boleh ku cari Mana nak sama cik adik seorang 7. DI SINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi 8. KE UNGGUN API (lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini (perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu (lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api Ramai pengakap berkumpul di sana
  • 19. 19 (perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama Tapi jangan lupa kembali segera (bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini 9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai . 10. IBUNG Ibung o ibung Tolonglah daku Ibung o ibung Tolonglah daku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung Oh ibung tinggal gundar Ke mana abang melayang Ke mana abang mdelayang Mama o mama tolong nasibku Mama o mama tolong nasibku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung
  • 20. 20 11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan 12. Yei ipoi Yei poi itai-tai (3X) Eii yakkk Yei poi itai-tai (2X) Yei poi itu-itu Eii yakkk 13. Kemuka ke belakang kemuka ke belakang ke samping lalu silang muka belakang samping lalu samping 14. Lai Ci Kang lai chi kang semangkuk dua kupang lai chi kang semangkuk dua kupang makan satu tak kenyang semangkuk dua kupang
  • 21. 21 15. APA GUNA KELUH KESAH Apa guna keluh kesah Apa guna keluh kesah Pengakap tak pernah bersusah Apa guna keluh kesah There is no reason to be sad There is no reason to be sad We are always happy together There is no reason to be sad 16. Lagu KFC Oh pizza hut Oh pizza hut Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Oh McDonald Oh Mcdonald Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Char kuetiaw Char kuetiaw Roti canai char kuewtiaw teh tarik teh tarik Roti canai char kuewtiaw 17. Mentari dan Bulan Ho hoi mentari maharaja siang Hoi hoi rembulan permaisuri malam Di waktu siang mentari menjelang Di waktu malam bulan pun mengambang Di kala itu pengakap berdendang Demi cita-cita sampai ke bintan
  • 22. 22 18. Opek-opek Opek opek opek opekkkkk Buat sehabis baik Opek opek opek opekkkkk kami buat sehabis baik Anak ayam turunlah lima (opek-opek) mati seekor tinggallah empat .... Anak ayam turun lah satu lari-lari terlanggar batu.....habis 19. BURUNG BERBUNYI Dengarlah itu burung berbunyi Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok 20 TANYA SAMA POKOK Tanya sama pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang Apa sebab goncang Nanti jawab angin Langit nak hujan Tanya sama langit Apa sebab hujan? Nanti jawab langit Tanyalah awan Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat sejuk Aku pun cair
  • 23. 23 Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satubatu Bayangpun hilang 21. BERTEMU DAN BERPISAH Bertemua dan berpisah Adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita gar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa 22. Apuse Apuse ko -kon da-oo ya - rabay soron do vei-vei Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Ara fa-bay , as-wa rak-wa Ara fa-bay . as-wa rak wa Selamat tinggal kawan, kita kan berjumpa lagi, Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat jalan......jumpa lagi, Selamat jalan.......jumpa lagi. 23. Selamat Jumpa Selamat Jumpa, Selamat Jumpa, Selamat Jumpa Kawanku, Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku, Senang Hey, Riang Hey, Hura, Hure, Hiro, Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey, Hura, Hure, Hiro.
  • 24. 24 24. Kalau rasa gembira Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, tepuk tangan. Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, petik jari. Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, cubit peha. Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, hentak kaki. Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, kata horey. 25. Anak itik Anak itik tok wi mandi dalam kolam Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang Ubat aper tok wi, ubat limau lelah Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang 26. Mandolo Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!
  • 25. 25 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia". Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell . Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya. Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
  • 26. 26 Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan. Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
  • 27. 27 F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Lord Robert Baden-Powell
  • 28. 28 Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang. Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya. Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap. Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu. Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone. Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap
  • 29. 29 di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931. Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930. Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia. Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia
  • 30. 30 Persekutuan Pengakap Malaysia Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan a hli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM). Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSMpada tahun 1957. Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan.
  • 31. 31 Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop. MATLAMAT BERPENGAKAP Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. MISI PENGAKAP MALAYSIA Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan : ·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal ·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited ·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
  • 32. 32 Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. a
  • 33. 33 LOGO PERSATUAN PENGAKAP Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
  • 34. 34 SIMPULAN DAN IKATAN BUKU SILA Kegunaannya : - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula BUNGA KETI Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal SIMPUL MANUK (Clove Hitch) Kegunaannya : - Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. SIMPUL PULIH Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh LILIT BALAK Kegunaannya : - Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
  • 35. 35 Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya, Saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang Pengakap Undang-Undang Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Makna Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya. 2. Taat Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang- Orang Di Bawahnya. 3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa 4. Bersaudara Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun. 5. Berbudi Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia
  • 36. 36 Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan Sebagainya. 6. Kasihkan binatang Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya. 7. Menurut perintah Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya. 8. Tabah hati Pengakap MestilahSentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam Kesusahan. 9. Berjimat Pengakap MestilahSentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya. 10. Suci fikiran, perkataan dan perbuatan Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji Hormat Pengakap Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang- undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di sebelah. Cogan Kata Pengakap Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Bersedia
  • 37. 37 Pengakap Remaja - Pandang Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat Lencana Keahlian 1) Peraturan pakaian seragam 2) Prinsip Rukun Negara 3) Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia 4) Persetiaan & undang-undang pengakap 5) Hormat dan cogan kata pengakap 6) Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia 7) Simpulan Peraturan Pakaian Seragam
  • 38. 38 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Prinsip Rukun Negara Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia Lambang Pengakap Malaysia a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong
  • 39. 39 orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap". b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja" g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Lambang Pengakap Dunia a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.' b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap. c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap. d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia. f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan. Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :
  • 40. 40 Taat kepada Tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap. Undang-undang Pengakap 1) dipercayai 2) taat 3) berguna 4) bersaudara 5) berbudi 6) kasihkan binatang 7) menurut perintah 8) tabah hati 9) berjimat 10) suci fikiran, perkataan, perbuatan Hormat dan Cogan Kata Pengakap Hormat Pengakap - diberikan semasa : a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan. b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera. Cogan Kata Pengakap Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik Pengakap Muda : Selalu Sedia
  • 41. 41 Pengakap Remaja : Pandang Luas Pengakap Kelana : Berkhidmat Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks,A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracledi Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada
  • 42. 42 tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 Sumber : http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html Simpulan Simpul Buka Sila ( Reef Knot ) - mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya. Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend ) - menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak sama besar. Simpul Manuk ( Clove Hitch )
  • 43. 43 - mengikat tali pada tiang atau balak. - memula & mematikan sesuatu ikatan. Simpul Tindih Kasih ( Bowline ) - membuat tajul yang tidak boleh menjerut. - digunakan semasa kerja-kerja menyelamat. Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches ) - mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll. - mengikat hujung tali khemah. Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping ) - mematikan hujung tali Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/ * Plagiarism is not allowed.
  • 44. 44 PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya, Saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan