Dokumen ini merangkum penyediaan blog yang dibuat oleh Juliana bt Mohd Jamil untuk memenuhi tugasan Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044). Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengurusan kewangan yang berhemah dan sebagai bahan rujukan pelajar. Ia dibina menggunakan Wordpress dengan alamat http://julianamohdjamil78.wordpress.com
1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 2 – PENYEDIAAN BLOG
http://julianamohdjamil78.wordpress.com
DISEDIAKAN OLEH:
JULIANA BT MOHD JAMIL
SARJANA PENDIDIKAN PERAKAUNAN
M20102000978
DISEMAK OLEH:
PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
2. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELKETRONIK DAN WEB
PENDAHULUAN
Laman blog ini adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Pembelajaran Berasaskan
Elektronik dan Web (KPT 6044) di mana setiap pelajar perlu melakukan sendiri
pembinaannya berdasarkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada serta bantuan dari
pihak ketiga. Saya mengambil keputusan untuk membina laman blog saya dengan
memberi alamat URL : http://julianamohdjamil78.wordpress.com dan maklumat yang
hendak disampaikan adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan yang berhemah.
Selain itu juga saya menyediakan tentang bahan nota ekonomi untuk para pelajar
merujuk sebagai bahan tambahan.
OBJEKTIF
Objektif pembinaan blog ini adalah untuk seperti berikut :
1. Mewujudkan perkongsian ilmu
2. Menyampaikan maklumat tentang pengurusan kewangan yang berhemah.
3. Memahirkan dan menambah pengetahuan dalam pembinaan laman blog ini.
4. Sebagai bahan rujukan kepada pelajar.
5. Menjayakan pembinaan blog sendiri.
Laman blog ini juga dibina adalah untuk memahirkan saya dalam menyediakan blog di
mana ia perlu mempunyai kemahiran yang kreatif, sabar dan sentiasa mempunyai sikap
ingin tahu tentang teknologi maklumat dan penggunaannya sejajar dengan
perkembangannya.
JULIANA MOHD JAMIL – M20102000978
3. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELKETRONIK DAN WEB
Rajah 1 : Laman Muka Hadapan Wordpress Blog
Kumpulan sasaran penggunaan laman blog ini adalah umum dan pelajar yang perlukan
bahan pembelajaran mereka. Di samping itu juga saya memuat masuk video-video
tentang pembelajaran berasaskan web.
Rajah 2 : Side bar
JULIANA MOHD JAMIL – M20102000978
4. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELKETRONIK DAN WEB
Berdasar Rajah 1 yang diberi, tema Bouquet digunakan sebagai latar belakang kerana
ia amat sesuai dengan warna kelembutannya. Manakala di bahagian kanan atau
sidebar pula dimurnikan dengan pautan-pautan laman yang menyampaikan maklumat
tentang pendidikan, laman blog kursus KPT6044 dan lain-lain (Rajah 2). Pengguna
yang melayari laman blog ini juga boleh dihiburkan dengan lagu-lagu yang menarik
menerusi video.
Laman blog ini masih lagi dalam penyelenggaraan untuk membaiki dan menambahkan
maklumat serta mewarnainya dengan lebih menarik. Oleh yang demikian, diharap
penyediaan dan pembinaan laman blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak agar
tercapai objektif yang ditetapkan.
JULIANA MOHD JAMIL – M20102000978