SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Downloaden Sie, um offline zu lesen
TAJUK ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI
PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI
TARIKH 15 JULAI 2014
FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1
1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan...............................................................................1
1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan ......................................................................1
1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan...........................................................................1
1.1 Definisi dan Peranan Pengurus.........................................................................2
1.1.1 Peranan sebagai Tunggak .....................................................................3
1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin ...................................................................3
1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan.................................................3
1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap ...................................................................3
1.1.5 Peranan sebagai Perunding ...................................................................4
1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea..............................................................4
1.1.6.1 Proses Keusahawanan...............................................................4
1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan ..............................................4
1.1.6.3 Proses Reformasi ......................................................................5
2.0 ANALISIS ARTIKEL...............................................................................................5
2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin............................................................5
2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding ..........................................................7
2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea....................................................8
3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................10
Rujukan.....................................................................................................................11
Lampiran...................................................................................................................12
1.0 PENGENALAN
Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan
satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan
merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge
B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi
proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap
segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif
yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi
sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan
sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan semata-
mata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat
dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi.
1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan.
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif,
Presiden atau Pengurus Besar yang berperanan menetapkan matlamat dan menentukan
ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan juga meneliti perkembangan
dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi dapat
menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.
1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan.
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan
aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.
Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian
di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.
1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan.
Juga dikenali sebagai pengurus lini dan merupakan pengurus paling rendah dalam
hierarki pengurusan. Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka
yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi
pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran
1
itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan
dan bawahan.
1.1 Definisi dan Peranan Pengurus
Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab
terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang tertentu, antaranya:
a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak
mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.
Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah
tanggungjawabnya.
b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi
mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan.
c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja
di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan
kegagalan peranannya.
d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti
melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.
e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan
strategi.
R.W. Griffin pula mendefinisikan pengurus sebagai orang pertama yang
bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah
orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal
sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat
pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan
menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari.
Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk
menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili
jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan.
2
Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu
peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan
pencetus idea.
1.1.1 Peranan sebagai Tunggak
Seorang pengurus berperanan sebagai ketua atau simbolik dan merupakan
individu terpenting dalam organisasi. Pengurus bertindak sebagai wakil dalam
organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang bersifat rasmi, sosial atau
perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor universiti
yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat
dalam pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari
dan menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan.
1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin
Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat,
mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga
bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktiviti-
aktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat,
membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka.
1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan
Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan
perlu berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi
memudahkan urusan seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan
dan melakukan tugas penting untuk organisasi. Dalam organisasi pula,
pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga
individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi
melicinkan urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan
pengurus pemasaran bagi urusan memasarkan produk.
1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap
Pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan
kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman
sendiri. Kepentingan dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan
3
adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada
pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di pasaran.
1.1.5 Peranan sebagai Perunding
Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang
melibatkan aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran.
Maklumat yang dikumpul akan dibincangkan bersama kakitangan organisasi
sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang pengurus akan berunding
dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan kakitangan di
jabatan kewangan.
1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea
Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus
tindakan korporat dan transformasi. Tugas ini melibatkan strategi dalam
menjana dan menghubungkan keputusan penting. Dalam hal ini, pengurus
mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi ke
atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan
membuat perubahan yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti
masalah, program-program penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan
untuk mencapai kemajuan. Terdapat tiga proses yang dapat memandu pekerja
ke arah mencapai inisiatif perubahan iaitu proses keusahawanan, proses
pembangunan keupayaan dan proses reformasi.
1.1.6.1 Proses Keusahawanan
Pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan
persekitaran yang berubah-ubah dengan mencipta, mengembangkan
idea baru dan membawa perubahan. Mereka juga memulakan projek,
mengumpul sumber dan mencari cara baru untuk sesuatu.
1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan
Proses ini memperlihatkan pengurus sebagai pengendali gangguan.
Gangguan mungkin timbul daripada kakitangan, sumber, ancaman atau
kerana orang lain melakukan kesilapan atau inovasi mempunyai kesan-
4
kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani
serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku.
1.1.6.3 Proses Reformasi
Pengurus bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur,
perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja dibahagikan dan
diselaraskan. Oleh itu, pengurus harus memperuntukkan masanya
dengan kakitangan supaya mereka dapat berhubung dan membuat
keputusan.
2.0 ANALISIS ARTIKEL
Bahagian ini membincangkan tiga peranan berbeza pengurus dalam organisasi. Penulis akan
cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap peranan berserta contoh yang dipetik daripada
artikel majalah dan surat khabar. Tiga peranan pengurus yang akan dibincangkan adalah
pemimpin, perunding dan pencetus idea.
2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin
Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan
efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang
dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang
dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua
ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja
semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal,
2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan
memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan
berkomunikasi dengan subordinat.
Artikel yang bertajuk „Sejenak Bersama Peneraju Westport‟ ini
berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings
Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya,
Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal
kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri.
5
Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab
terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja
untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan
keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga
mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan
mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan
yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan
kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap
lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan
menjadikan orang lain lebih baik.
Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah
aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan
komunikasi sebagai “satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan
menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya.” Komunikasi
dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana
melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat
perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses
pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan
kakitangannya. Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau
memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka
dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep
„Peti Cadangan‟ sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk
bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan
menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara
pengurus dan subordinat.
Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja
pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari
pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan,
prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka
yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai
berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau
jantina.
6
Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja
yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa
memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja
di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada
“kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang
itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.” Sebagai
contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek
dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif
di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan
tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada
kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba
ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan.
Melalui analisis artikel ini, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat
dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah
penentu hala tuju organisasi.
2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding
Sebagai perunding, pengurus perlu menjalin hubungan yang baik dengan
pekerja sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pengurus juga perlu
mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk
mendapatkan maklumat dan sokongan daripada pihak tertentu. Perundingan
merupakan satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti
dan maklumat yang cukup untuk mengadakan rundingan.
Sebagai contoh, analisis artikel „KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan
Tenaga Alam Sekitar‟ menunjukkan pengurus memainkan peranannya sebagai
perunding dengan mewakili KUB Malaysia Berhad (KUB) untuk menjalinkan
kerjasama dengan IHI Enviro Corporation of Japan (IHI Enviro) bagi
membangunkan perniagaan tenaga alam sekitar di Malaysia. Melalui kerjasama
ini, pengurus berjaya memperoleh kepentingan untuk meneroka dan membida
pelbagai projek menukar sisa kepada tenaga yang membabitkan pembinaan loji
insinerator di negara ini.
7
Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global,
hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Dalam hal ini, pengurus
menunjukkan kemampuannya menjalankan peranan sebagai perunding dengan
mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa yang
dimiliki bagi mengembangkan visi syarikat dan negara.
Selain daripada itu, seorang perunding juga bertindak sebagai
perancang strategi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Dengan
adanya kuasa autoriti dan maklumat yang cukup, sesuatu perancangan itu dapat
dilaksanakan. Contohnya, rancangan KUB untuk menyediakan teknologi
diperbaharui dan baru untuk rawatan dan pelupusan bahan buangan dalam
usaha membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dapat
tercapai dengan termeterainya perjanjian dengan pihak IHI Enviro.
Tugas seorang perunding juga melibatkan penyelesaian masalah.
Sebagai contoh, pengurus berkongsi kemahiran dan maklumat dengan pihak
terbabit melalui gabungan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan
keupayaan perniagaan masing-masing serta kebolehan penyampaian
perkhidmatan dalam industri pengurusan sisa. Kerjasama ini dibentuk bagi
melaksanakan pelan dan strategi organisasi untuk membantu kerajaan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi baharu rawatan dan
pelupusan bahan buangan.
Bertindak sebagai perunding adalah tugas yang besar kepada pengurus
kerana ia melibatkan persekitaran luar organisasi. Strategi, usaha, kemahiran
dan kepakaran serta komunikasi sangat diperlukan apabila berurusan dengan
pihak luar.
2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea
Sesebuah organisasi yang ingin terus kekal maju mestilah mempunyai
matlamat yang lebih meluas serta bersedia membuat sebarang perubahan atau
transformasi dalam organisasi. Transformasi dalam konteks organisasi merujuk
kepada proses perubahan yang mendalam secara keseluruhan yang
berorientasikan organisasi ke arah hala tuju yang baru dan memerlukan tahap
8
keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah
memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada
perubahan. Dalam usaha membuat transformasi melalui proses keusahawanan,
pengurus perlu mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan
melalui projek atau teknik baru dalam urusan pengeluaran. Sesuatu projek itu
melibatkan perkara seperti mencadangkan produk atau perkhidmatan baru
yang dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan, kempen perhubungan
awam, peraliran dana yang dikemaskini, penyusunan semula bahagian
yang lemah, menyatupadukan operasi komputer dan sebagainya.
Contoh yang terdapat dalam artikel “Misi Datuk Adenan Mahu
Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu” yang melibatkan proses
keusahawanan ialah pelancaran rangkaian produk terbaharu seperti Tuala
Wanita Anion Berherba, Buih Pembersih Peribadi Wanita, Spotless
Blemish Solution Gel, Eyelifting Serum serta Beauty Benefits Cream.
Pengeluaran produk baharu ini dilancarkan atas permintaan pelanggan dan
sambutan yang memberangsangkan terhadap produk-produk keluaran
syarikat sebelum ini. Selain itu, Gamat Emas Sdn.Bhd. (GESB) turut
melakukan penjenamaan semula dalam beberapa aspek iaitu mentakrifkan
visi dan misi GESB supaya bersesuaian dengan peredaran semasa dan
perkembangan sekeliling serta memperkukuhkan ukhuwah dan
kesepakatan di kalangan rakan niaga dan masyarakat umum.
Di samping itu, transformasi ini juga turut melibatkan ahli-ahli
syarikat dimana ahli yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah
akhirnya bergelar jutawan berkat kerja keras yang dilakukannya selama
ini.
Analisis artikel ini turut mempamerkan peranan pengurus dalam
proses pembangunan keupayaan akibat daripada gangguan-gangguan
seperti kritikan dan tanggapan negatif pihak luar terhadap perniagaan
Multi Level Marketing (MLM). Masalah ini diatasi melalui pelbagai
inisiatif yang diambil untuk membuang tanggapan negatif terhadap
perniagaan MLM. Contohnya, menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel
9
kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu
perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain daripada itu,
GESB turut melaksanakan janji yang terdapat dalam pelan pemasaran
iaitu keuntungan yang diperoleh oleh syarikat turut dinikmati oleh ahli-
ahli mengikut perkiraan yang ditetapkan. Pengamalan konsep
persaudaraan juga dititikberatkan di kalangan ahli.
3.0 KESIMPULAN
Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan
dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan,
namun, semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis
melalui analisis artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan
yang paling sukar untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea. Bukannya mudah untuk
membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan perubahan dalam organisasi
kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan tujuan. Di samping itu, ia
juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang panjang sekiranya
melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan peranan sebagai
pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa, pengurus perlu
membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan
kekangan boleh mengganggu gugatkan kestabilan organisasi.
(2552 patah perkataan)
10
RUJUKAN
Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZIZA.
Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi (Ed.).
Johor: UTM.
Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization.
Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of Poznan.
Kumpulan Penulis MIM. (2009). Pengurusan di Malaysia: Teks Asas Pengurusan Am
Tentang Bagaimana Menguruskan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM.
SaifulRizal Shariff. (2013, Oktober 15). Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform
Usahawan Melayu. Majalah HARMONI.
Sofyan Rizal Ishak. (2014, Jun 20). KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam
Sekitar. myMetro. [Online]. Available: http://www.hmetro.com.my/myMetro
/articles/KUB_IHIEnvirobangunperniagaantenagaalamsekitar/Article/index_html.
[2014, Jun 26].
Pengurus dan Pengurusan. (2008). [Online]. Available: http:// http://www.slideshare.net/
ebbysufian/unit2-14854014. [2014, June 28].
Sejenak Bersama Peneraju Westports. (n.d.). [Online]. Available: http://www.sinarharian.
com.my/bisnes/sejenak-bersama-peneraju-westports-1.289695. [2014, Jun 26].
11
LAMPIRAN - ARTIKEL I
12
LAMPIRAN - ARTIKEL I
13
LAMPIRAN - ARTIKEL I
14
LAMPIRAN - ARTIKEL II
15
LAMPIRAN - ARTIKEL II
16
LAMPIRAN - ARTIKEL III
17
LAMPIRAN - ARTIKEL III
18
LAMPIRAN – ARTIKEL III
19
LAMPIRAN – ARTIKEL III
20

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusanEmy Amiera
 
Jenis Pembuatan Keputusan
 Jenis Pembuatan Keputusan  Jenis Pembuatan Keputusan
Jenis Pembuatan Keputusan Ckg Nizam
 
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danKaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danAkid Suhaimi
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhAmiey Rosmainie
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananNaveen Segaran
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)Ckg Nizam
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan SMK Bintulu
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalanwan izzati
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia Nazura Ain
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif firo HAR
 

Was ist angesagt? (20)

Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Jenis Pembuatan Keputusan
 Jenis Pembuatan Keputusan  Jenis Pembuatan Keputusan
Jenis Pembuatan Keputusan
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
DOKUMENTASI
DOKUMENTASIDOKUMENTASI
DOKUMENTASI
 
Proses perancangan
Proses perancanganProses perancangan
Proses perancangan
 
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik danKaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
Kaitan komunikasi dengan aspek paralinguistik, linguistik dan
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruh
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
 
Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalan
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif
 

Ähnlich wie Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenLee Gorgeouz
 
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"Tidak Bekerja
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanCkg Nizam
 
power point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxpower point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxUmniatyMufidah1
 
Bab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusanBab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusaneteen
 
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannya
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannyaBab 2 tingkatan manajemen dan peranannya
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannyaPT. SASA
 
Makalah lingkungan bisnis ( pengantar bisnis)
Makalah lingkungan  bisnis ( pengantar bisnis)Makalah lingkungan  bisnis ( pengantar bisnis)
Makalah lingkungan bisnis ( pengantar bisnis)Ruhilatul Ilma
 
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...Desikoes
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)klaraanitia
 
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...heru septian
 

Ähnlich wie Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi (20)

Resume pengantar manajemen
Resume pengantar manajemenResume pengantar manajemen
Resume pengantar manajemen
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKEMANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
 
Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan Manajemen
 
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"
Pengantar Bisnis "Manajemen dan Organisasi"
 
Manajemen tambang materi 2
Manajemen tambang materi 2Manajemen tambang materi 2
Manajemen tambang materi 2
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
power point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxpower point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptx
 
Bab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusanBab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusan
 
Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02
 
Resume manajemen
Resume manajemenResume manajemen
Resume manajemen
 
Manajemen.pptx
Manajemen.pptxManajemen.pptx
Manajemen.pptx
 
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannya
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannyaBab 2 tingkatan manajemen dan peranannya
Bab 2 tingkatan manajemen dan peranannya
 
Makalah lingkungan bisnis ( pengantar bisnis)
Makalah lingkungan  bisnis ( pengantar bisnis)Makalah lingkungan  bisnis ( pengantar bisnis)
Makalah lingkungan bisnis ( pengantar bisnis)
 
UTS Pengantar Bisnis.docx
UTS Pengantar Bisnis.docxUTS Pengantar Bisnis.docx
UTS Pengantar Bisnis.docx
 
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...
9, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fung...
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
 
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...
Be&gg,heru eko septian,prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, executive and di...
 

Mehr von Fara Megat

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Fara Megat
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaFara Megat
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterFara Megat
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZFara Megat
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaFara Megat
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Fara Megat
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 

Mehr von Fara Megat (7)

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 

Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

  • 1. TAJUK ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 15 JULAI 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
  • 2. KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan...............................................................................1 1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan ......................................................................1 1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan...........................................................................1 1.1 Definisi dan Peranan Pengurus.........................................................................2 1.1.1 Peranan sebagai Tunggak .....................................................................3 1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin ...................................................................3 1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan.................................................3 1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap ...................................................................3 1.1.5 Peranan sebagai Perunding ...................................................................4 1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea..............................................................4 1.1.6.1 Proses Keusahawanan...............................................................4 1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan ..............................................4 1.1.6.3 Proses Reformasi ......................................................................5 2.0 ANALISIS ARTIKEL...............................................................................................5 2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin............................................................5 2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding ..........................................................7 2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea....................................................8 3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................10 Rujukan.....................................................................................................................11 Lampiran...................................................................................................................12
  • 3. 1.0 PENGENALAN Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan semata- mata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi. 1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan. Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang berperanan menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku. 1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan. Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain. 1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan. Juga dikenali sebagai pengurus lini dan merupakan pengurus paling rendah dalam hierarki pengurusan. Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran 1
  • 4. itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. 1.1 Definisi dan Peranan Pengurus Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya: a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya. b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan kegagalan peranannya. d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta. e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan strategi. R.W. Griffin pula mendefinisikan pengurus sebagai orang pertama yang bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari. Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan. 2
  • 5. Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan pencetus idea. 1.1.1 Peranan sebagai Tunggak Seorang pengurus berperanan sebagai ketua atau simbolik dan merupakan individu terpenting dalam organisasi. Pengurus bertindak sebagai wakil dalam organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang bersifat rasmi, sosial atau perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor universiti yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat dalam pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari dan menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan. 1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat, mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktiviti- aktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat, membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka. 1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan perlu berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi memudahkan urusan seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan dan melakukan tugas penting untuk organisasi. Dalam organisasi pula, pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi melicinkan urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan pengurus pemasaran bagi urusan memasarkan produk. 1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap Pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman sendiri. Kepentingan dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan 3
  • 6. adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di pasaran. 1.1.5 Peranan sebagai Perunding Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang melibatkan aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran. Maklumat yang dikumpul akan dibincangkan bersama kakitangan organisasi sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang pengurus akan berunding dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan kakitangan di jabatan kewangan. 1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus tindakan korporat dan transformasi. Tugas ini melibatkan strategi dalam menjana dan menghubungkan keputusan penting. Dalam hal ini, pengurus mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi ke atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan membuat perubahan yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti masalah, program-program penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan untuk mencapai kemajuan. Terdapat tiga proses yang dapat memandu pekerja ke arah mencapai inisiatif perubahan iaitu proses keusahawanan, proses pembangunan keupayaan dan proses reformasi. 1.1.6.1 Proses Keusahawanan Pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan persekitaran yang berubah-ubah dengan mencipta, mengembangkan idea baru dan membawa perubahan. Mereka juga memulakan projek, mengumpul sumber dan mencari cara baru untuk sesuatu. 1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan Proses ini memperlihatkan pengurus sebagai pengendali gangguan. Gangguan mungkin timbul daripada kakitangan, sumber, ancaman atau kerana orang lain melakukan kesilapan atau inovasi mempunyai kesan- 4
  • 7. kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku. 1.1.6.3 Proses Reformasi Pengurus bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur, perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja dibahagikan dan diselaraskan. Oleh itu, pengurus harus memperuntukkan masanya dengan kakitangan supaya mereka dapat berhubung dan membuat keputusan. 2.0 ANALISIS ARTIKEL Bahagian ini membincangkan tiga peranan berbeza pengurus dalam organisasi. Penulis akan cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap peranan berserta contoh yang dipetik daripada artikel majalah dan surat khabar. Tiga peranan pengurus yang akan dibincangkan adalah pemimpin, perunding dan pencetus idea. 2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal, 2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan berkomunikasi dengan subordinat. Artikel yang bertajuk „Sejenak Bersama Peneraju Westport‟ ini berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya, Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri. 5
  • 8. Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan menjadikan orang lain lebih baik. Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan komunikasi sebagai “satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya.” Komunikasi dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan kakitangannya. Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep „Peti Cadangan‟ sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara pengurus dan subordinat. Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan, prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau jantina. 6
  • 9. Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada “kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.” Sebagai contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan. Melalui analisis artikel ini, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah penentu hala tuju organisasi. 2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding Sebagai perunding, pengurus perlu menjalin hubungan yang baik dengan pekerja sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pengurus juga perlu mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat dan sokongan daripada pihak tertentu. Perundingan merupakan satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan rundingan. Sebagai contoh, analisis artikel „KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam Sekitar‟ menunjukkan pengurus memainkan peranannya sebagai perunding dengan mewakili KUB Malaysia Berhad (KUB) untuk menjalinkan kerjasama dengan IHI Enviro Corporation of Japan (IHI Enviro) bagi membangunkan perniagaan tenaga alam sekitar di Malaysia. Melalui kerjasama ini, pengurus berjaya memperoleh kepentingan untuk meneroka dan membida pelbagai projek menukar sisa kepada tenaga yang membabitkan pembinaan loji insinerator di negara ini. 7
  • 10. Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global, hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Dalam hal ini, pengurus menunjukkan kemampuannya menjalankan peranan sebagai perunding dengan mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa yang dimiliki bagi mengembangkan visi syarikat dan negara. Selain daripada itu, seorang perunding juga bertindak sebagai perancang strategi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Dengan adanya kuasa autoriti dan maklumat yang cukup, sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan. Contohnya, rancangan KUB untuk menyediakan teknologi diperbaharui dan baru untuk rawatan dan pelupusan bahan buangan dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dapat tercapai dengan termeterainya perjanjian dengan pihak IHI Enviro. Tugas seorang perunding juga melibatkan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, pengurus berkongsi kemahiran dan maklumat dengan pihak terbabit melalui gabungan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan keupayaan perniagaan masing-masing serta kebolehan penyampaian perkhidmatan dalam industri pengurusan sisa. Kerjasama ini dibentuk bagi melaksanakan pelan dan strategi organisasi untuk membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi baharu rawatan dan pelupusan bahan buangan. Bertindak sebagai perunding adalah tugas yang besar kepada pengurus kerana ia melibatkan persekitaran luar organisasi. Strategi, usaha, kemahiran dan kepakaran serta komunikasi sangat diperlukan apabila berurusan dengan pihak luar. 2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea Sesebuah organisasi yang ingin terus kekal maju mestilah mempunyai matlamat yang lebih meluas serta bersedia membuat sebarang perubahan atau transformasi dalam organisasi. Transformasi dalam konteks organisasi merujuk kepada proses perubahan yang mendalam secara keseluruhan yang berorientasikan organisasi ke arah hala tuju yang baru dan memerlukan tahap 8
  • 11. keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan. Dalam usaha membuat transformasi melalui proses keusahawanan, pengurus perlu mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan melalui projek atau teknik baru dalam urusan pengeluaran. Sesuatu projek itu melibatkan perkara seperti mencadangkan produk atau perkhidmatan baru yang dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan, kempen perhubungan awam, peraliran dana yang dikemaskini, penyusunan semula bahagian yang lemah, menyatupadukan operasi komputer dan sebagainya. Contoh yang terdapat dalam artikel “Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu” yang melibatkan proses keusahawanan ialah pelancaran rangkaian produk terbaharu seperti Tuala Wanita Anion Berherba, Buih Pembersih Peribadi Wanita, Spotless Blemish Solution Gel, Eyelifting Serum serta Beauty Benefits Cream. Pengeluaran produk baharu ini dilancarkan atas permintaan pelanggan dan sambutan yang memberangsangkan terhadap produk-produk keluaran syarikat sebelum ini. Selain itu, Gamat Emas Sdn.Bhd. (GESB) turut melakukan penjenamaan semula dalam beberapa aspek iaitu mentakrifkan visi dan misi GESB supaya bersesuaian dengan peredaran semasa dan perkembangan sekeliling serta memperkukuhkan ukhuwah dan kesepakatan di kalangan rakan niaga dan masyarakat umum. Di samping itu, transformasi ini juga turut melibatkan ahli-ahli syarikat dimana ahli yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah akhirnya bergelar jutawan berkat kerja keras yang dilakukannya selama ini. Analisis artikel ini turut mempamerkan peranan pengurus dalam proses pembangunan keupayaan akibat daripada gangguan-gangguan seperti kritikan dan tanggapan negatif pihak luar terhadap perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Masalah ini diatasi melalui pelbagai inisiatif yang diambil untuk membuang tanggapan negatif terhadap perniagaan MLM. Contohnya, menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel 9
  • 12. kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain daripada itu, GESB turut melaksanakan janji yang terdapat dalam pelan pemasaran iaitu keuntungan yang diperoleh oleh syarikat turut dinikmati oleh ahli- ahli mengikut perkiraan yang ditetapkan. Pengamalan konsep persaudaraan juga dititikberatkan di kalangan ahli. 3.0 KESIMPULAN Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan, namun, semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis melalui analisis artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan yang paling sukar untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea. Bukannya mudah untuk membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan perubahan dalam organisasi kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan tujuan. Di samping itu, ia juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang panjang sekiranya melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan peranan sebagai pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa, pengurus perlu membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan kekangan boleh mengganggu gugatkan kestabilan organisasi. (2552 patah perkataan) 10
  • 13. RUJUKAN Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZIZA. Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi (Ed.). Johor: UTM. Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization. Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of Poznan. Kumpulan Penulis MIM. (2009). Pengurusan di Malaysia: Teks Asas Pengurusan Am Tentang Bagaimana Menguruskan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM. SaifulRizal Shariff. (2013, Oktober 15). Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu. Majalah HARMONI. Sofyan Rizal Ishak. (2014, Jun 20). KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam Sekitar. myMetro. [Online]. Available: http://www.hmetro.com.my/myMetro /articles/KUB_IHIEnvirobangunperniagaantenagaalamsekitar/Article/index_html. [2014, Jun 26]. Pengurus dan Pengurusan. (2008). [Online]. Available: http:// http://www.slideshare.net/ ebbysufian/unit2-14854014. [2014, June 28]. Sejenak Bersama Peneraju Westports. (n.d.). [Online]. Available: http://www.sinarharian. com.my/bisnes/sejenak-bersama-peneraju-westports-1.289695. [2014, Jun 26]. 11