SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 29
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
No Tarikh / Masa / Aktiviti: Impak
1 Nama: Shamsul Mhd Sayuti
No IC : 770311-08-6739
Alamat:
SK Putrajaya Presint 9(2)
Jln P9A, Presint 9,
62250 Putrajaya
SHAMSUL MHD SAYUTI - PESERTA FINALIS
PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1
MALAYSIA FASA 2, 2010
2 23.01.2011 / 4.00 pm – 7.00 pm / Pendaftaran
Seramai 28 orang peserta PCAIM telah
mengesahkan kehadiran telah mendaftar diri di
Planetarium Negara, KL. Pengagihan peralatan
telah di buat pada jam 6.30 pm. Setiap peserta
dibekalkan dengan 1 unit beg galas, 2 helai t-
shirt berkolar, 2 helai t-shirt tidak berkolar, dan
sepasang trek shuit.
Peserta dapat berkenalan antara satu sama lain.
Peserta berpeluang melawat Planetarium Negara
yang mempunyai pelbagai maklumat tentang
Program Angkasawan Pertama Negara.
3 23.01.2011 / 8.00 pm – 10.30 pm / Taklimat
PCA1M
En Badrul telah bertindak selaku pengerusi majlis
telah memulakan sesi taklimat pada jam 8.15
PM. Dr. Mustafa Din Subari, KP Angkasa
memberikan En. Zailani Bin Samberid dan Ketua
Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia
(YAM) telah ucapan alu-aluan kepada semua
finalis PCAIM Fasa II. Taklimat tentang perincian
pelaksanaan PCAIM dijalankan oleh Mejar Dr,
Faiz Khaleed. PCA1M akan memberi fokus
terhadap aspek modal insan, mengembangkan
Peserta mendapat gambaran ringkas
tentang perjalanan PCA1M yang akan
dijalankan dengan baik. Finalis PCA1M
menyedari bahawa PCA1M dapat memberi
pelbagai iktibar dalam usaha
memantapkan, memperbaiki diri dari segi
mentaliti dan fizikal. Peserta akan merasai
pengalaman proses penilaian calon
Angkasawan Negara.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
aspek mentaliti bagi program latihan
angkasawan masa akan datang. Kesukaran
PCA1M pada tahap 35% sebagai cabaran buat
semua finalis. Ujian-ujian yang bakal dilalui
adalah:
 Mental
 Pengetahuan sains
 Kemahiran komunikasi dalam Bahasa
Inggeris
 Fizikal
 Fear Coping / Stress Coping
 Decision Making
 Kemampuan mematuhi arahan
 keselamatan
Semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan,
pembahagian fasilitator dan diberikan tajuk bagi
tugasan Public Speaking.
*Kumpulan 3 akan berada di bawah bimbingan
fasilitator En Syukur.
Ahli Kumpulan Kaizen
Ahli Kumpulan 3:
1. Nadiah Bt Baharum
2. Avila Sanis
3. Shamsul Mhd Sayuti
4. Zul Fadli Bin Rusli
5. James Lau Jenn Yunn
Tajuk tugasan Public Speaking:
*Discuss about microorganism
4. 24.01.2011 / 9.00-11.30 AM / Lawatan Pusat
Sains Negara (PSN). Peserta finalis PCA1M
bertolak dari KBS Kg. Pandan ke PSN. Peserta
berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat
tentang sains dan teknologi. Peserta dapat
menggunakan kemudahan akses internet serta
buku-buku rujukan di Pusat Sumber PSN.
Finalis dapat membuat aktiviti mencari
maklumat dan persiapan tugasan public
speaking yang telah diberikan kepada
setiap peserta.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
5. 24.01.2011 / 2.00 PM – 5.30 PM / Lawatan Pusat
Penyelidikan dan Latihan Simulator-G, MINDEF
yang terletak di Pengkalan TUDM, Subang.
Terdapat pelbagai kemudahan latihan bagi
juruterbang tempur. Peserta diberikan taklimat
oleh Kolonel Dr, Zulkifli Md Jusoh sebelum
peserta diberikan peluang untuk menggunakan
latihan simulator-G menggunakan High
Performance Human Centrifuge dengan daya 5G
selama 10 saat. Peserta dapat merasai daya
tekanan 5G menggunakan Centrifuge yang
merupakan peralatan simulasi-G yang tercanggih
masa kini. Angkasawan sebenar perlu
mempunyai kemampuan fizikal bagi menahan
daya sehingga 9G selama 15 saat. Latihan
menahan daya G yang lebih tinggi memerlukan
latihan yang betul dengan cara kawalan
pernafasan, mengeraskan otot kaki dan perut
bagi membolehkan darah yang terkumpul di
bahagian kaki dapat dipam semula ke otak
bersama-sama oksigen bagi elakkan G-lock
terjadi.
Pengalaman merasai 5G di Centrifuge
merupakan pengalaman paling hebat yang
tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Saya
sedar bahawa bukan mudah untuk
menjalani latihan sebagai juruterbang
tempur tentera udara yang perlukan
kekuatan fizikal sehingga 9G. Baru sekadar
merasai 5G, 10 saat sahaja sudah agak perit
untuk ditahan dan saya hampir-hampir rasa
pengsan.(G-lock)
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
6. 24.01.2011 / 6.30 PM - 11.30 PM/ Perjalanan ke
Kuala Perlis
Persiapan untuk perjalanan ke Jeti Kuala Perlis,
menaiki Bas Pusat Sains Negara. Bas telah
sampai ke destinasi pada jam 7.30 AM.
Bus berhenti di R&R Bukit Gantang.
Pada jam 6.30 AM bus berhenti di sebuah Masjid
untuk solat subuh.
7. 25.01.2011 / 8.30 AM – 10.40 AM/Perjalanan Ke
Langkawi
Kumpulan PCA1M seterusnya meneruskan
perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki
feri pada jam 8.30 AM. Pasukan PCA1M sampai
ke destinasi pada jam 10.40 AM dan seterusnya
terus menaiki bus menuju ke Hotel The Baron
Resort.
Setelah Mejar Dr. Faiz Khaleed memberikan
taklimat ringkas peserta bersarapan pagi di
restoran berhampiran jeti sementara
masih ada masa untuk menunggu feri
bertolak ke Langkawi.
8. 25.01.2011 / 2.00 PM - 4.20 PM / Aktiviti 1 /
Ujian Public Speaking
Sesi ujian public speaking dijalankan di bilik
Baron 1. Saya telah dipanggil menjadi peserta
pertama menyampaikan syarahan bertajuk
“Discuss About Microorganism”. Saya agak
terkejut kerana tanpa di duga saya dipilih
sebagai peserta yang pertama untuk sesi ujian
tersebut. Saya telah menyediakan teks ucapan
yang telah disiapkan. Pada saat saya membuat
sesi syarahan saya tidak melihat langsung teks
tersebut. Ahli panel akan membuat penilaian
secara menyeluruh meliputi knowledge content,
cognitive thingking, assesment of odd thingking
and social alienation.
Suatu kerugian yang besar kerana saya
tidak merujuk bahan teks yang telah saya
siapkan menyebabkan aspek isi
pengetahuan sains yang saya bentangkan
menjadi kurang baik. Saya dapat
pengajaran bahawa suatu public speaking
yang baik perlu ada isi fakta sains secara
terpeinci. Gaya penyampaian yang baik
sahaja tidak memadai, ia perlu diiringi
dengan sains content knowlegge yang baik.
Catatan nota kecil dan ringkas pada tangan
adalah perlu bagi membolehkan fakta-fakta
sains dapat disampaikan semasa sesi public
speaking.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
25.01.2011 / 4.20 PM – 5.30 PM / Ujian Psikologi
a) Memori Test -Visual memory
b) Personality
Assesment of personality preferences
jawab set soalan psikologi personaliti
c) Projective techniques
Lukiskan gambar kereta idaman kamu
dan gambar diri kamu sendiri
Lukiskan gambaran dalaman kereta
idaman kamu.
d) Assessment of forgetfulness. Peserta
diminta mengingat semula susunan 10
baris abjad yang telah di tunjukkan pada
sesi awal ujian memori tadi. Jika peserta
mampu mengingat semula semua abjad
mengikut tertib dan susunan yang betul
menunjukkan daya ingatan yang sangat
baik. (tak cepat lupa)
Ujian Psikologi dikendalikan oleh:
Dr Geshina Ayu – Pakar Psikologi from USM
Pn Suzani - Kaunseling Information Science
En Anuar Faizal-Social Management Psycologies
Assesment of visual wording / visualized
items for short term memory ( 6 kali)
Result: ESFJ ,Pada pandangan saya
penilaian personatity diri yang dijalankan
adalah berdasarkan jawapan peserta pada
set kertas soalan yang diberikan. Saya
kurang yakin sejauh mana kebenaran
analisis dan keputusan ujian tersebut
kerana peserta bebas membuat pilihan
jawapan yang tidak menggambarkan
personaliti sebenar.
Tanpa disedari bahawa dengan melukis
gambar tersebut ahli psikoligi dapat buat
penilaian tentang sikap individi dari aspek
utamakan keselamatan, perwatakan diri,
kemempurnaan dan sistematik. Setiap
lukisan ada tafsirannya yang tersendiri.
Lukisan yang baik adalah: Lukisan kereta
Marcedes yang melambangkan kehebatan,
kemewahan keselamatan. Lukisan diri
sendiri adalah berdasarkan saiz kepala yang
dilukiskan. Kalau saiz kepala besar,
menunjukkan sikap ego dan besar kepala,
kalau saiz kecil pula menunjukkan tiada
keyakinan diri. Yang terbaik adalah saiz
kepada yang seimbang dengan saiz badan
keseluruhannya. Kesimpulannya lukisan
yang idel dan sempurna akan
melambangkan kesempurnaan
keperibadian seseorang itu dalam skop
psikologi.
9. 25.01.2011 / 8.00 PM – 10.30 PM/ Aktiviti 2-
Ujian daya kreativiti
Projek reka cipta 1- membina kren angkat
barang. Bahan: kayu chop stik, lidi sate 2 batang,
2 wayar berlainan warna , 1 paku, 1 keping
papan, tape, pisau / gunting.
Projek reka cipta 2-mereka cipta alat penembak
Kren berjaya dibina dan mencatatkan
kekuatan angkatan pin sebanyak 19 unit.
Tembakan bola pingpong tersasar dari
sasaran. Tiada jatuhan tin dapat dicatatkan.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
menggunakan konsep tuas. Peluru penembak
adalah bola pingpong. Alat penembak mampu
melancarkan bola pingpong untuk jatuhkan tin-
tin yang tel;ah di susun bertingkat.
Bahan: 1 unit sudu plastik, botol air mineral 500
ml, 4 unit getah gelang dan 4 batang lidi, pisau,
tape.
10. 26.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM /
Senaman pagi.
9.00 AM – 11.30 PM / Aktiviti 3 – Abserling /
Repeiling. Jurulatih merupakan bekas anggota
komando telah menunjukkan demonstrasi
aktiviti abserling. Sebelum mula aktiviti peserta
melakukan aktiviti memanaskan badan. Peserta
diminta membuat penurunan dalam 2 kali
sesaran sebelum pendaratan dibuat. Saya dapat
melakukan aktiviti abserling dengan ketinggian
hampir 10 meter tinggi dengan baik tanpa rasa
takut dan gayat. Cuma teknik pendaratan masih
perlu dibaiki supaya posisi semasa pendaratan
lebih stabil.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
11. 26.01.2011 / 11.30 AM – 12.30 PM /
Pertandingan Merempuh Halangan
Peserta dikehendaki membawa kerusi sebagai
beban dan seorang peserta buka semasa aktiviti
larian merempuh halangan. Masa akan
dicatatkan berdasarkan peserta terakhir yang
berjaya sampai dari keseluruhan jumlah peserta
yang ada. Pasukan perlu bijak merancang
strategi supaya beban kerusi dan orang buka
dapat cepat sampai ke garisan penamat.
Sebanyak 2 jenis halangan yang akan digunakan
iaitu halangan titi bergantung dan monkey rack.
Pasukan 5 telah terlibat dengan sedikit
kemalangan semasa orang buta terjatuh semasa
melompat tiang di garisan penamat. Mujur tiada
kecederaan serius.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
12. 26.01.2011 / 2.00 PM
Pergerakan ke lokasi jungle survival, penerimaan
alatan (2 unit khemah, dapur masak tentera, 2
unit mestin) bagi semua kumpulan. Pergerakan
kumpulan PCA1M dalam bentuk single file ke
lokasi based camp.
26.01.2011 / 2.25 PM Aktiviti 4.
Sebaik tiba taklimat ringkas diberi oleh jurulatih
termasuk Kolonel Mejar Zulkifle.
26.01.2011 / 2.30 PM 3.30 PM
Menjawab soalan Psikologi
Set 1: solan dalam bahasa inggeris IQ Test
Set 2: Solan bahasa Melayu tentang personaliti
diri.
26.01.2011 / 3.30 PM – 4.10 PM
Setiap kumpulan menetapkan ketua kumpulan
dan ketua kumpulan di panggil untuk belajar
ikatan manuk. Ketua kumpulan seterusnya
mengajarkan teknik ikatan tersebut kepada
setiap ahli kumpulan. Jurulatih membuat
semakan bagi memastikan setiap ahli dapat
membuat ikatan tersebut.
Setiap kumpulan ditetapkan kawasan bagi
membina khemah masing-masing. Secara
berkumpulan dengan semua ahli memegang tali
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
perlu mengaplikasikan ikatan manuk pada
sebatang pokok sebenar dengan syarat tanpa
melepaskan tangan sehingga ikatan tersebut
disiapkan dalam tempoh masa tertentu.
Kumpulan saya (kumpulan 3) berjaya
menyiapkan tugasan dengan catatan masa
terpantas.
13. 26.01.2011 / 4.10 PM – 5.50 PM Aktiviti 5
Treasure Hunt 1- silang kata
Setiap peserta diberikan sebiji telor untuk dijaga
sepanjang masa sebelum aktiviti bermula. Klu
diberi kan peserta secara berkumpulan perlu
mencari klu seterusnya dan menyelesaikan solan
teka silang kata yang diberi untuk mencari klu
dan jawapan yang seterusnya. Traesure Hunt 2-
mencari makanan tersembunyi Peserta diberi klu
bagi mengesan makanan dan 1 tin ikan sardin
yang berada di 2 lokasi yang berbeza.
Kedua-dua tugasan berjaya disiapkan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
26.01.2011 / 5.30 PM – 7.00 PM / Aktiviti 6 /
Buat Khemah dan Masak / Makan Malam
Berkumpul di Check Point (CP), dan menerima
arahan untuk buat persiapan khemah dan
persediaan masakan untuk makan malam.
Makanan yang telah siap perlu dihidangkan
untuk diadili oleh fasilitator. Avila Sanis telah
membuat pembentangan masakan makan
malam bagi kumpulan Kaizen. Setelah selesai
Kol. Mej Zulkifli mengarahkan pertukaran
makanan, yang mana makanan yang di sediakan
akan di makan oleh kumpulan yang lain.
Agihan tugas diperingkat kumpulan ada yang
dirikan khemah dan buat kerja memasak.
Kumpulan 3 berjaya siapkan khemah dan
hidangkan makanan dengan masakan nasi putih,
lauk ikan sardin yang siap dihias dengan dekorasi
menggunakan daun-daun pokok. Makanan
kumpulan Kaizen dapat pengiktirafan masakan
yangterbaik memandangkan hiasan dan nasi
yang dimasak dengan baik. Namun makanan
tersebut terpaksa ditukar dengan kumpulan lain
dari Kumpulan 2 yang mana nasinya kurang
masak sedikit. Semua ahli berkongsi makan
masakan tersebut.
14. 26.01.2011 / 7.00PM – 9.25 PM / Aktiviti 7
Wisel dibunyikan lebih dari 2 kali dan semua
peserta berkumpul di CP untuk melaksanakan
aktiviti mengesan objek buatan manusia yang di
letakkan dalam kawan yang telah di tandakan
sempadanya. Secara individu peserta perlu
mencatat seberapa banyak objek yang mereka
boleh perhatikan dalam sempadan kawasan
tersebut dalam suasana yang hampir gelap.
Setelah selesai peserta dibenarkan pulang ke
khemah untuk buat pentadbiran berkumpulan
termasuk melaksanakan solat.
Aktiviti ini menguji kebolehan daya
pemerhatian untuk mengesan objek
tersembunyi di dalam kawasan perimeter
yang telah di tetapkan. Antara objek yang
dapat dikesan adalah:duit kertas RM 5,
ubat gigi, sudu, tape, tali,botol ,botol air
mineral,plastik, kertas A4, getah gelang,set
khemah, dll. Ujian ini bagi mengesan ciri-ciri
seorang angkasawan memerlukan daya
pemerhatian dan fokus yang baik.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
26.01.2011 / 9.25 PM – 10.45 PM
Isyarat wisel memanggil semua peserta
berkumpul di CP untuk arahan tugasan
seterusnya. Setiap kumpulan di arah mencari 3
jenis hidupan yang hidup dengan bantuan
sebuah pelita pelaut yang akan dibawa oleh
seorang fasilitator. Setelah tugasan selesai pihak
jurulatih telah menghukum semua peserta untuk
terjun ke laut supaya semua badan basah dalam
tempoh 2 minit. Jika ada yang lewat hukuman
tersebut perlu diulangi semula.
Hukuman dalam bentuk tekan tubi juga
dikenakan kepada semua peserta. Jurulatih akan
terus menghukum sehingga ada keseragaman
dalam pelaksanaan hukuman yang telah
diberikan. Hukuman tersebut benar-benar
menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan
oleh ahli psikologi ke atas setiap peserta melalui
gambar-gambar yang juga ditangkap bagi tujuan
analisa. Peserta terpaksa mengulangi perbuatan
terjun ke laut hampir 3-4 kali sehingga semua
ahli dapat sampai ke CP sebelum 2 minit.
Kumpulan kaizen berjaya menangkap 1
ekor katak puru, 1 ekor anak cicak dan 1
ekor kumbang tanah.
Pengajaran adalah orang yang kuat perlu
bantu orang yang lemah, jangan pentingkan
diri sendiri untuk sampai awal sedangkan
ada peserta lain yang lambat. Peserta yang
sering lambat pula perlu berusaha lebih
gigih lagi supaya tidak menjadi beban
kepada ahli kumpulan yang lain.
15. 26.01.2011 / 10.45 PM – 12.35 PM
Setelah hukuman selesai dan jurulatih berpuas
hati barulah peserta di benarkan balik ke kem
masing-masing dalam keadaan yang tidak selesa
kerana pakaian basah, kurang makanan dan
minuman serta kepenatan.
Daya ketahanan fizikal & mental peserta
diuji supaya tidak cepat mengalah dengan
cabaran yang bakal dilalui. Saya memahami
bahawa Angkasawan perlu mempunyai
kekuatan dari aspek mental dan fizikal
kerana setiap masa penuh dengan cabaran.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
27.01.2011 / 12.35 PM – 1.35 AM
Peserta berkumpul semula di CP, dan di denda
berendam di dalam laut dan tekan tubi sekali lagi
secara berulang kali. Seterusnya semua peserta
diarah memegang tali dan berjalan dalam 1
barisan (single file) menuju ke arah laut. Kami
diarahkan bergerak hampir 100 meter ke dalam
jarak dari pantai untuk direndam dalam keadaan
merangkak dan duduk. Peserta sengaja direndam
supaya merasa kesejukan dengan air laut dan
tiupan angin.
Jurulatih membuat kiraan jumlah peserta dalam
selang masa setiap 15 minit bagi mestikan
peserta semua dalam keadaan baik. Seterusnya
kami di arah merangkak untuk naik ke tebing
pantai dan berbaring di atas pasir pantai dalam
keadaan baring muka melihat ke langit dan kaki
diangkat ke atas.
Setelah jurulatih berpuas hati baru kami di
arahkan naik ke atas pulang ke kem masing-
masing. Semasa hukuman diberikan, peserta
diuji daya ketahanan mental dan fizikal. Selain itu
semangat kerja berpasukan juga dapat dinilai
melalui keseragaman pelaksanaan hukuman
yang dilaksanakan dan keupayaan mengikuti
arahan yang diberikan.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
16. 27.01.2011 / 1.50 AM – 3.30 AM
Berkumpul di CP dan seterusnya mara dalam
format 1 barisan ke kawasan lain yang melalui 2
CP masuk ke kawasan bagi operasi serang
hendap lanun yang dipercayai seramai 2-3 orang.
Pasukan di arahkan supaya hanya menangkap,
tidak mencederakan lanun yang dipercayai
bersenjatakan parang dan tidak membawa
sebarang senjata api. Setelah bersembunyi di
lokasi tepi sepanjang jalan bagi melaksanakan
operasi serang hendap. Operasi serang hendap
gagal kerana sebilangan besar peserta yang
kepenatan telah tertidur dan ada yang tidak tidur
namun tidak memberikan isyarat kepada
anggota lain untuk menangkap lanun yang telah
melalui jalan tersebut sehingga sebanyak 2 kali.
Lantaran kegagalan operasi tersebut semua
peserta dikenakan hukuman tekan tubi,
merangkak, side roll, forward role, berjalan itik,
dan memikul manusia di atas jalan raya yang
berturap.
Persediaan sebelum pergerakan masuk ke
tempat serang hendap.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
27.01.2011 / 3.30 AM – 5.20 AM
Setelah jurulatih berpuas hati dengan hukuman
dan tiada mana-mana ahli yang rela mengundur
diri seterusnya kami di arahkan untuk duduk
secara berasingan dan berjauhan antara satu
sama lain di kawasan Jirat Orang Cina bagi tujuan
penilaian fear coping ke atas peserta dapat
dijalankan.
Tanah Perkuburan Cina (Jirat Cina)
17. 27.01.2011 / 5.20 AM – 7.00 AM
Pergerakan pulang semula ke based camp
menggunakan laluan jalan berturap. Tiba di kem
semua kumpulan di arah buat pentadbiran
sendiri termasuk melaksanakan solat dan
menunggu arahan aktiviti yang seterusnya dari
jurulatih.
18. 27.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM
Aktiviti senaman, bermula dengan wakil
kumpulan mengetuai sebarang bentuk aktiviti di
hadapan secara bergilir-gilir, warp-up, dan
aktiviti fizikal fitness di tepi pantai yang
dijalankan dalam bentuk station yang
melibatkan beberapa disiplin dan praktis latihan
mengikut arahan jurulatih.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
19. 27.01.2011 / 8.00 AM – 10.00 AM
Penyediaan masakan sarapan pagi untuk
dipersembahkan dan dinilai oleh fasilitator/
jurulatih. Kol. Mej. Zulkifli telah memberikan
sekotak KFC berisi 2 ketul ayam KFC supaya
dapat diagihkan kepada semua peserta dengan
saksama.
Semua peserta mencubit ayam tersebut satu per
satu sehingga 2 pusingan barulah proses agihan
tersebut dapat disempurnakan,Setelah itu
barulah semua peserta dibenarkan bersarapan
pagi. Setiap kumpulan mendapat menu
tambahan 1 keping roti canai.
Dua ketul ayam KFC perlu dibahagi sama banyak
kepada 28 orang peserta PCA1M.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
20. 27.01.2011 / 10.00 AM – 1.15 PM / Aktiviti
Explorace
Pertandingan antara pasukan mempunyai
pelbagai tahap dan jenis tugasan yang perlu
dilaksanakan mengikut format explorace.
Pasukan perlu mencatatkan masa / kuantiti yang
terpantas bagi memenangi aktiviti ini.
Jenis aktiviti:
1.Puzzle game susunan huruf I, dan K (huruf
besar)
2.Permainan sodoku 1
3. Pemainan Sodoku 2
4. Kampung Sana Sani- angkut air dari laut untuk
di isi dalam botol menggunakan kain. Seorang
ahli akan menjadi orang buta akan menerima
cawan plastik yang berisi air untuk dituang
dalam botol. Kumpulan yang menang akan
ditentukan berdasarkan isipadu air yang berjaya
dikumpulkan.
Kaizen berjaya menjadi pemenang tempat
pertama dalam pertandingan.
21. 27.01.2011 / 1.15 AM – 2.45 PM / Aktiviti
Debrifing and Decision Making
Peserta diuji bagi membuat keputusan dan
menerima tekanan berbentuk toucher daripada
jurulatih semasa membuat keputusan.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
22. 27.01.2011 / 1.35 PM – 5.30 PM Aktiviti-
Membina Rakit
Semua kumpulan mengemaskan perkhemahan
dan memulangkan semula peralatan
perkhemahan kepada jurulatih bagi bergerak ke
Kem PLKN untuk melakukan aktiviti membuat
rakit. Pergerakan ke KEM PLKN adalah dengan
berjalan kaki. Semua pasukan membina rakit
menggunakan 6 buah pelampung dan 4 batang
rod. Semua rod dan pelampung perlu diikat
dengan menggunakan teknik ikatan manuk
secara bersilang dua dan di matikan dengan
ikatan buku sila. Jurulatih membuat semakan
ikatan yang telah siap. Jurulatih memberikan
taklimat berakit kepada semua kumpulan
sebelum memulakan perlumbaan rakit. Setelah
berjaya berakit peserta perlu membuka semula
semua ikatan dan memulangkan bahan-bahan
ke tempat yang telah ditetapkan bagi
membolehkan kumpulan melaporkan diri
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
kepada jurulatih yang akan mencatatkan masa
menamatkan tugasan berakit.
Pasukan kaitan menamatkan perlumbaan di
tempat ke-3.
Rakit yang telah menamatkan perlumbaan perlu
di buka semula semua ikatan bagi membolehkan
masa dicatatkan oleh jurulatih.
23. 27.01.2011 / 5.30 PM – 6.30 PM / Aktiviti
Permainan Bola di Laut. Peserta PCA1M
termasuk fasilitator / jurulatih bermain bola
pantai di dalam laut.
Pasukan menjaringkan gol terbanyak adalah
pemenang.Pasukan Lanun telah berjaya
memenangi pertandingan tersebut.
24. 27.01.2011 / 8.00 PM – 10.00 PM / Majlis BBQ
Majlis makan malam dijalankan ala BBQ dengan
pelbagai menu hidangan di sediakan oleh pihak
hotel. Peserta berpeluang menikmati pelbagai
menu makanan yang enak setelah tamat latihan
paling mencabar petang tadi.
Majlis BBQ bersama Mr Dr Faiz Khaleed
25. 27.01.2011 / 10.00 PM – 10.30 PM /
Penyampaian Hadiah
Majlis bermula dengan ucapan En Zailani
Samberid selaku CEO YAM, Kol. Mej Zulkifli Md
Jusoh selaku Pengarah PCA1M, Mejar Dr. Faiz
Kumpulan Terbaik: Kumpulan 2
Anugerah Mr. Nice Guy: Emiardy Jemi
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Khaleed, Cik Natrah dan wakil urus setia dari
Pusat Sains Negara bagi mengambil peluang
memohon maaf serta memberikan sedikit
rumusan berkaitan PCA1M yang telah dijalankan
dengan jayanya. Penyampaian hadiah untuk
pasukan terbaik dan anugerah Mr. Nice Guy
telah disempurnakan.
Kumpulan Terbaik “Kumpulan 2”
Mr Nice Guy “Emiardy Jemi”
26. 27.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM / Aktiviti
Latihan Nyanyian Lagu Angkasa dan Lagu Mosti
dijalankan di bilik Baron 2 dikendalikan oleh
Fasilitator En Badrul. Turut hadir ialah Cik Natrah
serta Cik Rabiatul. Peserta juga berpeluang
membuat tuntutan perjalanan dengan Cik
Rabiatul yang menguruskan bahagian kewangan
di YAM.
Perserta berjaya menghafal 80% lirik lagu
angkasa dan lagu Mosti. Susunan dan
formasi bagi nyanyian juga telah
disusunkan dengan baik.
27. 28.01.2011 / 7.00 AM – 12.00 PM/ Hari Terbuka
Observatori Negara Langkawi (ONL)
Menyertai senam robik, larian 3.5 km sempena
Hari Terbuka ONL dan ceramah Angkasawan
Negara, Dr. Faiz Khaleed.
Berjaya menamatkan larian tempat ke 11
daripada 28 orang peserta PCA1M.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Observatiro Negara Langkawi (ONL) terletak di
kawasan hutan simpan di Empangan Bukit Malut,
Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibina dan lengkap
dengan sistem teleskop robotik yang boleh
dikawal secara jauh (remote) melalui talian
internet dan membolehkan penyelidikan
astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi
tempatan, serantau dan antarabangsa.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
28. 28.01.2011 / 12.00 PM- 2.30 PM Melawat Pekan
Kuah, Langkawi. Peserta PAC1M berpeluang
melawat pusat membeli belah Billion di Pekan
Kuah merupakan kawasan bebas cukai.
29. 28.01.2011 / 2.30 PM – 6.30 PM
Makan tengah hari, TEMU DUGA AKHIR FINALIS
PAC1M dan persiapan untuk majlis perasmian
ONL oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Jonity
Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi di
ONL, Bukit Malut, Langkawi.
28.01.2011 / 7.00 PM – 10.40 PM
Perasmian ONL dan Penyampaian hadiah kepada
peserta PAC1M dan pengumuman juara PAC1M
juga telah diumumkan sendiri oleh Y.A.B Menteri
pada majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh tetamu
jemputan dan pihak media. Selesai majlis semua
tetamu menghadiri majlis makan malam.
Juara PCA1M
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
30. 28.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM
Sesi Debrifing bersama Kol. Mej Zulkifli, Mejar
Dr Faiz Khaleed dan Pakar Psikologi di ketuai oleh
Dr Genisha Ayu. Semua peserta diberikan
taklimat tentang kriteria yang perlu ada bagi
memilih juara. Setiap peserta mempunyai
kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.
Analisis pakar psikologi membolehkan peserta
sedar akan diri masing-masing dan dapat
memikirkan langkah-langkah proaktif bagi
memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi
kekuatan diri masing-masing.
Kol. Mej. Zulkifli Md Jusoh ada meminta saya
menyebutkan nama beberapa orang rakan yang
telah saya kenal setelah program berjalan selama
6 har. Saya tidak dapat menyebutkan 27 nama
kawan-kawan yang terlibat dengan PCA1M
dengan lengkap.
Kesimpulan yang saya dapat di sini adalah
kita perlu bergaul secara menyeluruh
dengan semua peserta PCA1M, jangan
hanya fokus kepada ahli kumpulan sendiri
sahaja, pergaulan dengan ahli kumpulan
dari kumpulan lain juga perlu supaya kita
dapat mengenali lebih ramai orang dalam
suatu masa tertentu. Sebaik-baiknya kita
perlu mengingat semua nama-nama
sahabat baru yang kita telah kenali.
31. 29.01.2011 / Perjalanan Balik
7.00 AM Bersarapan pagi di hotel.
8.00 – 9.00 AM, Mengemaskan beg dan daftar
keluar hotel. 9.00-9.30 AM, Sesi perpisahan dan
bermaaf-maafan di antara peserta PCA1M,
Jurulatih, fasilitator dan urus setia. Semua yang
hadir juga mengadakan sesi bergambar
perpisahan sebelum menghantar 18 peserta
yang menaiki kapal terbang ke Lapangan Kapal
Terbang, Pulau Langkawi. Seorang peserta Mohd
Farhan Bin Johari tidak pulang kerana mahu
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
tinggal lebih lama di Langkawi di rumah
kawannya. Perjalanan pulang berjalan dengan
lancar.
Peserta PCA1M merasa sedih dengan saat
perpisahan dan merasa gembira kerana telah
berjaya menamatkan cabaran-cabaran PCA1M
dengan jayanya. Kami semua berharap agar
perhubungan yang telah terbina dalam kalangan
ahli akan terus kekal dan segala impak positif
yang telah diperolehi melalui PCA1M dapat
dimanfaatkan untuk penambah-baikan diri
dalam kehidupan seharian.
10.00 AM – 11.00 PM
Seramai 9 orang peserta pula akan mengikuti
perjalanan pulang dengan menaiki feri dan bus
yang disediakan pihak penganjur untuk ke Kuala
Lumpur. Semua peserta PCA1M yakin akan
kebolehan diri masing-masing yang
mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
boleh diperbaiki lagi di masa akan datang.
Peserta dapat mengenal diri masing-masing
dengan lebih baik dan mempunyai azam
bagi meningkatkan lagi kualiti diri supaya
menjadi modal insan yang bertaraf dunia
kepada agama,bangsa dan negara. Saya
yakin semua peserta PCA1M telah dapat
gambaran jelas tentang kriteria pemilihan
calon Angkasawan Negara. Matlamat
program PCA1M ini telah berjaya dicapai
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
dan harapan suopaya semua peserta finalis
yang berupaya memindahkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman tentang
Program Angkasawan Negara kepada
masyarakat sekitar. Saya akur dengan
keputusan juri yang telah memilih
pemenang PCA1M yang pertama kepada
Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.
Moga peluang melawat Star City, Moscow
dapat di kongsi bersama dengan semua
peserta PCA1M. Saya turut berbangga
kerana calon dari Zon Tengah telah dipilih
sebagai Juara kali ini. Syabas diucapkan
kepada Awang Shahrizan. Program PCA1M
wajar diteruskan pada masa akan datang
bagi meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan sains dan teknologi dan sains
angkasa kepada manusia.
Catatan:PCA1M fasa kedua anjuran Yayasan
Angkasawan Malaysia diadakan di Pulau
Langkawi. Program berkenaan diketuai oleh
Pengarah Program Angkasawan Negara,
Kolonel Dr Zulkifly Yusoff, dan Angkasawan
Malaysia kedua, Mejar Dr Faiz Khalee
REFLEKSI PCA1M 2011
PCA1M merupakan suatu program pembangunan insan menyeluruh dan baik kerana ia telah berjaya
menggabungkan elemen kekuatan mental dan fizikal dalam bentuk penilaian aspek psikologi yang
sangat sistematik. Peserta dapat dinilai dalam bentuk mental, fizikal, kepimpinan, kerjasama
berkumpulan, kemahiran berkomunikasi, kreativiti, keberanian, dan personaliti diri. PCA1M siri 1 ini
mampu menarik minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains teknologi dan inovasi (STI)
yang banyak memberi manfaat kepada semua manusia di bumi. Perasaan gembira jelas terpapar
pada setiap peserta sebagai tanda kepuasan setelah berjaya menamatkan segala cabaran dalam
PCA1M siri 1. Pada akhir PCA1M siri 1 saya dapat pengalaman baru yang sangat berguna untuk
dimanfaatkan dan dikongsikan bersama murid-murid saya di sekolah. Pelbagai aktiviti dan latihan
yang telah dijalani mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu. Pengetahuan dan pendedahan
menjalani ujian pemilihan calon angkasawan akan dijadikan pembakar semangat dalam jiwa bagi
terus berusaha memperbaiki kelemahan diri dan menempuh pelbagai cabaran dalam realiti
kehidupan yang sebenar.
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Alhamdulullah syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan saya peluang bagi menyertai
PCA1M fasa 2 dengan jayanya dan tidak ditimpa sebarang kemalangan sewaktu menjalani aktiviti-
aktiviti PCA1M. Terima kasih kepada pihak Yayasan Angkasawan Malaysia, ANGKASA dan MOSTI yang
telah merealisasikan impian saya sebagai peserta finalis Program Cabaran Angkasawan Malaysia
(PCA1M) Siri 1 tahun 2010. Segala pengalaman yang telah diperolehi dari PCA1M pasti tidak akan
disia-siakan. Saya sedar bahawa setiap warga negara Malaysia perlu meningkatkan kefahaman
tentang matlamat Program Angkasawan Negara dan meningkatkan minat dan kesedaran dikalangan
murid-murid sekolah tentang kepentingan subjek sains dan teknologi bagi mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020.
Journal PCA1M
Disedialan oleh,
.....................................................
(SHAMSUL BIN MHD SAYUTI)
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011
Penulisan Journal PCA1M
Shamsul Bin Mhd Sayuti

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Proposal pia untuk sponsor
Proposal pia untuk sponsorProposal pia untuk sponsor
Proposal pia untuk sponsorFitriyana Migumi
 
Kertas kerja opkim 14
Kertas kerja opkim  14Kertas kerja opkim  14
Kertas kerja opkim 14Nikmat Yusop
 
Sri hariyadi kipa 2014
Sri hariyadi kipa 2014Sri hariyadi kipa 2014
Sri hariyadi kipa 2014Sri Hariyadi
 
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013   Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013 Paisol Basir
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJAZUAD ozil
 
Dekan proposal regional medical olimpiad 2014 - dekan
Dekan   proposal regional medical olimpiad 2014 - dekanDekan   proposal regional medical olimpiad 2014 - dekan
Dekan proposal regional medical olimpiad 2014 - dekanekongrica
 

Was ist angesagt? (10)

Prestasi Sekolah
Prestasi Sekolah Prestasi Sekolah
Prestasi Sekolah
 
Proposal pia untuk sponsor
Proposal pia untuk sponsorProposal pia untuk sponsor
Proposal pia untuk sponsor
 
Laporan setiap pos
Laporan setiap posLaporan setiap pos
Laporan setiap pos
 
Kertas kerja opkim 14
Kertas kerja opkim  14Kertas kerja opkim  14
Kertas kerja opkim 14
 
Kti iksan
Kti iksanKti iksan
Kti iksan
 
Sri hariyadi kipa 2014
Sri hariyadi kipa 2014Sri hariyadi kipa 2014
Sri hariyadi kipa 2014
 
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013   Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013
Protokol Majlis anugerah pelajar cemerlang 2013
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJ
 
Dekan proposal regional medical olimpiad 2014 - dekan
Dekan   proposal regional medical olimpiad 2014 - dekanDekan   proposal regional medical olimpiad 2014 - dekan
Dekan proposal regional medical olimpiad 2014 - dekan
 
Pdf pameran
Pdf  pameranPdf  pameran
Pdf pameran
 

Andere mochten auch

Teka silang kata
Teka silang kataTeka silang kata
Teka silang kataMohd Nazemi
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood
 
Shot Types Diagram
Shot Types DiagramShot Types Diagram
Shot Types Diagramjam3scoles
 
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment Marketing
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment MarketingTop 3 Video Styles to Use For Student Recruitment Marketing
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment MarketingHuStream Video
 
Let`s Do It! 2013 final presentation
Let`s Do It! 2013 final presentationLet`s Do It! 2013 final presentation
Let`s Do It! 2013 final presentationTaras Yemchura
 
20130909 sacloudの薄い本
20130909 sacloudの薄い本20130909 sacloudの薄い本
20130909 sacloudの薄い本Yasuyuki SAITO
 
project--2 nd review_2
project--2 nd review_2project--2 nd review_2
project--2 nd review_2aswini pilli
 
Natural resources orientation 2013 2014
Natural resources orientation 2013 2014Natural resources orientation 2013 2014
Natural resources orientation 2013 2014casmithCTC
 
スマートウォッチってどうなん
スマートウォッチってどうなんスマートウォッチってどうなん
スマートウォッチってどうなん三菱 うにたん
 
NCC ART104 1
NCC ART104 1NCC ART104 1
NCC ART104 165swiss
 
Adventure tourism - A Passion for Change
Adventure tourism - A Passion for Change Adventure tourism - A Passion for Change
Adventure tourism - A Passion for Change Âshîsh Bârñwâl
 
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORADEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA880808
 
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13F
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13FCh. 10 FIT5, CIS 110 13F
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13Fmh-108
 
How to Build Trust with Video
How to Build Trust with VideoHow to Build Trust with Video
How to Build Trust with VideoHuStream Video
 

Andere mochten auch (20)

Teka silang kata
Teka silang kataTeka silang kata
Teka silang kata
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
Kumaresan
KumaresanKumaresan
Kumaresan
 
Theories
TheoriesTheories
Theories
 
Shot Types Diagram
Shot Types DiagramShot Types Diagram
Shot Types Diagram
 
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment Marketing
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment MarketingTop 3 Video Styles to Use For Student Recruitment Marketing
Top 3 Video Styles to Use For Student Recruitment Marketing
 
Let`s Do It! 2013 final presentation
Let`s Do It! 2013 final presentationLet`s Do It! 2013 final presentation
Let`s Do It! 2013 final presentation
 
20130909 sacloudの薄い本
20130909 sacloudの薄い本20130909 sacloudの薄い本
20130909 sacloudの薄い本
 
Ne-smity
Ne-smityNe-smity
Ne-smity
 
Kasvatuskumppanuus
KasvatuskumppanuusKasvatuskumppanuus
Kasvatuskumppanuus
 
Scrapbook
ScrapbookScrapbook
Scrapbook
 
project--2 nd review_2
project--2 nd review_2project--2 nd review_2
project--2 nd review_2
 
Natural resources orientation 2013 2014
Natural resources orientation 2013 2014Natural resources orientation 2013 2014
Natural resources orientation 2013 2014
 
スマートウォッチってどうなん
スマートウォッチってどうなんスマートウォッチってどうなん
スマートウォッチってどうなん
 
NCC ART104 1
NCC ART104 1NCC ART104 1
NCC ART104 1
 
Adventure tourism - A Passion for Change
Adventure tourism - A Passion for Change Adventure tourism - A Passion for Change
Adventure tourism - A Passion for Change
 
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORADEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA
DEMOSTRACIÓN PÚBLICA DE RELACIÓN TUTORA
 
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13F
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13FCh. 10 FIT5, CIS 110 13F
Ch. 10 FIT5, CIS 110 13F
 
Ruski
RuskiRuski
Ruski
 
How to Build Trust with Video
How to Build Trust with VideoHow to Build Trust with Video
How to Build Trust with Video
 

Ähnlich wie Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Aktivi slps upsr
Aktivi slps upsrAktivi slps upsr
Aktivi slps upsrSazlina Man
 
Proposal khemah tahunan 2013 2014
Proposal khemah tahunan 2013 2014Proposal khemah tahunan 2013 2014
Proposal khemah tahunan 2013 2014ArDah ZyEd
 
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdf
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdfMekanisme Presentasi Per-Cluster.pdf
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdfTryBungaFirma
 
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docx
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docxKERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docx
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docxTHANALATCHIMYSATHIAH2
 
Kertas kerja lawatan ke frim , planetarium
Kertas kerja lawatan ke frim , planetariumKertas kerja lawatan ke frim , planetarium
Kertas kerja lawatan ke frim , planetariumCIKGU MAZA LINA
 
Lawatan ke melaka
Lawatan ke melakaLawatan ke melaka
Lawatan ke melakaSyedzul Zul
 
Rancangan pengajaran harian peribadi .docx
Rancangan pengajaran harian peribadi .docxRancangan pengajaran harian peribadi .docx
Rancangan pengajaran harian peribadi .docxHazmanFaris
 
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdf
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdfKERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdf
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdfBennevanTang
 
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: Empati
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: EmpatiBuletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: Empati
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: EmpatiChon Seong Hoo
 
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1Noor Dollah
 
Brosur seminar
Brosur seminarBrosur seminar
Brosur seminarharisv9
 
Ketentuan lomba untuk rapat kelas
Ketentuan lomba untuk rapat kelasKetentuan lomba untuk rapat kelas
Ketentuan lomba untuk rapat kelasswirawan
 
English in camp angry birds 2018
English in camp angry birds 2018English in camp angry birds 2018
English in camp angry birds 2018Norita Mokhtar
 
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docx
LAPORAN  AKTIVITI  PROGRAM   1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docxLAPORAN  AKTIVITI  PROGRAM   1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docx
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docxrafael zalaque
 
Cover, daftar isi , kata pengantar
Cover, daftar isi , kata pengantarCover, daftar isi , kata pengantar
Cover, daftar isi , kata pengantaralankinata
 
Kertas kerja kembara seni (new)
Kertas kerja kembara seni (new)Kertas kerja kembara seni (new)
Kertas kerja kembara seni (new)Asuk Maris
 
Mesyuarat guru 1 2011 (1)
Mesyuarat guru 1 2011 (1)Mesyuarat guru 1 2011 (1)
Mesyuarat guru 1 2011 (1)Kakram Gc
 
Mesyuarat guru 1 2011
Mesyuarat guru 1 2011Mesyuarat guru 1 2011
Mesyuarat guru 1 2011Kakram Gc
 
Kertas kerja program lps upsr
Kertas kerja program lps upsrKertas kerja program lps upsr
Kertas kerja program lps upsrkitapengyu
 

Ähnlich wie Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011 (20)

Aktivi slps upsr
Aktivi slps upsrAktivi slps upsr
Aktivi slps upsr
 
Proposal khemah tahunan 2013 2014
Proposal khemah tahunan 2013 2014Proposal khemah tahunan 2013 2014
Proposal khemah tahunan 2013 2014
 
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdf
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdfMekanisme Presentasi Per-Cluster.pdf
Mekanisme Presentasi Per-Cluster.pdf
 
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docx
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docxKERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docx
KERTAS KERJA LATIHAN PERSONEL- UNITAR.docx
 
Kertas kerja lawatan ke frim , planetarium
Kertas kerja lawatan ke frim , planetariumKertas kerja lawatan ke frim , planetarium
Kertas kerja lawatan ke frim , planetarium
 
Lawatan ke melaka
Lawatan ke melakaLawatan ke melaka
Lawatan ke melaka
 
Tentatif TAKLIMAT 3-2018
Tentatif TAKLIMAT 3-2018Tentatif TAKLIMAT 3-2018
Tentatif TAKLIMAT 3-2018
 
Rancangan pengajaran harian peribadi .docx
Rancangan pengajaran harian peribadi .docxRancangan pengajaran harian peribadi .docx
Rancangan pengajaran harian peribadi .docx
 
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdf
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdfKERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdf
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN.pdf
 
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: Empati
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: EmpatiBuletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: Empati
Buletin Psikologi dan Kaunseling KPM Siri 2/2018: Empati
 
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
 
Brosur seminar
Brosur seminarBrosur seminar
Brosur seminar
 
Ketentuan lomba untuk rapat kelas
Ketentuan lomba untuk rapat kelasKetentuan lomba untuk rapat kelas
Ketentuan lomba untuk rapat kelas
 
English in camp angry birds 2018
English in camp angry birds 2018English in camp angry birds 2018
English in camp angry birds 2018
 
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docx
LAPORAN  AKTIVITI  PROGRAM   1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docxLAPORAN  AKTIVITI  PROGRAM   1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docx
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015.docx
 
Cover, daftar isi , kata pengantar
Cover, daftar isi , kata pengantarCover, daftar isi , kata pengantar
Cover, daftar isi , kata pengantar
 
Kertas kerja kembara seni (new)
Kertas kerja kembara seni (new)Kertas kerja kembara seni (new)
Kertas kerja kembara seni (new)
 
Mesyuarat guru 1 2011 (1)
Mesyuarat guru 1 2011 (1)Mesyuarat guru 1 2011 (1)
Mesyuarat guru 1 2011 (1)
 
Mesyuarat guru 1 2011
Mesyuarat guru 1 2011Mesyuarat guru 1 2011
Mesyuarat guru 1 2011
 
Kertas kerja program lps upsr
Kertas kerja program lps upsrKertas kerja program lps upsr
Kertas kerja program lps upsr
 

Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

  • 1. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti No Tarikh / Masa / Aktiviti: Impak 1 Nama: Shamsul Mhd Sayuti No IC : 770311-08-6739 Alamat: SK Putrajaya Presint 9(2) Jln P9A, Presint 9, 62250 Putrajaya SHAMSUL MHD SAYUTI - PESERTA FINALIS PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA FASA 2, 2010 2 23.01.2011 / 4.00 pm – 7.00 pm / Pendaftaran Seramai 28 orang peserta PCAIM telah mengesahkan kehadiran telah mendaftar diri di Planetarium Negara, KL. Pengagihan peralatan telah di buat pada jam 6.30 pm. Setiap peserta dibekalkan dengan 1 unit beg galas, 2 helai t- shirt berkolar, 2 helai t-shirt tidak berkolar, dan sepasang trek shuit. Peserta dapat berkenalan antara satu sama lain. Peserta berpeluang melawat Planetarium Negara yang mempunyai pelbagai maklumat tentang Program Angkasawan Pertama Negara. 3 23.01.2011 / 8.00 pm – 10.30 pm / Taklimat PCA1M En Badrul telah bertindak selaku pengerusi majlis telah memulakan sesi taklimat pada jam 8.15 PM. Dr. Mustafa Din Subari, KP Angkasa memberikan En. Zailani Bin Samberid dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) telah ucapan alu-aluan kepada semua finalis PCAIM Fasa II. Taklimat tentang perincian pelaksanaan PCAIM dijalankan oleh Mejar Dr, Faiz Khaleed. PCA1M akan memberi fokus terhadap aspek modal insan, mengembangkan Peserta mendapat gambaran ringkas tentang perjalanan PCA1M yang akan dijalankan dengan baik. Finalis PCA1M menyedari bahawa PCA1M dapat memberi pelbagai iktibar dalam usaha memantapkan, memperbaiki diri dari segi mentaliti dan fizikal. Peserta akan merasai pengalaman proses penilaian calon Angkasawan Negara.
  • 2. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti aspek mentaliti bagi program latihan angkasawan masa akan datang. Kesukaran PCA1M pada tahap 35% sebagai cabaran buat semua finalis. Ujian-ujian yang bakal dilalui adalah:  Mental  Pengetahuan sains  Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris  Fizikal  Fear Coping / Stress Coping  Decision Making  Kemampuan mematuhi arahan  keselamatan Semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan, pembahagian fasilitator dan diberikan tajuk bagi tugasan Public Speaking. *Kumpulan 3 akan berada di bawah bimbingan fasilitator En Syukur. Ahli Kumpulan Kaizen Ahli Kumpulan 3: 1. Nadiah Bt Baharum 2. Avila Sanis 3. Shamsul Mhd Sayuti 4. Zul Fadli Bin Rusli 5. James Lau Jenn Yunn Tajuk tugasan Public Speaking: *Discuss about microorganism 4. 24.01.2011 / 9.00-11.30 AM / Lawatan Pusat Sains Negara (PSN). Peserta finalis PCA1M bertolak dari KBS Kg. Pandan ke PSN. Peserta berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat tentang sains dan teknologi. Peserta dapat menggunakan kemudahan akses internet serta buku-buku rujukan di Pusat Sumber PSN. Finalis dapat membuat aktiviti mencari maklumat dan persiapan tugasan public speaking yang telah diberikan kepada setiap peserta.
  • 3. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 5. 24.01.2011 / 2.00 PM – 5.30 PM / Lawatan Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G, MINDEF yang terletak di Pengkalan TUDM, Subang. Terdapat pelbagai kemudahan latihan bagi juruterbang tempur. Peserta diberikan taklimat oleh Kolonel Dr, Zulkifli Md Jusoh sebelum peserta diberikan peluang untuk menggunakan latihan simulator-G menggunakan High Performance Human Centrifuge dengan daya 5G selama 10 saat. Peserta dapat merasai daya tekanan 5G menggunakan Centrifuge yang merupakan peralatan simulasi-G yang tercanggih masa kini. Angkasawan sebenar perlu mempunyai kemampuan fizikal bagi menahan daya sehingga 9G selama 15 saat. Latihan menahan daya G yang lebih tinggi memerlukan latihan yang betul dengan cara kawalan pernafasan, mengeraskan otot kaki dan perut bagi membolehkan darah yang terkumpul di bahagian kaki dapat dipam semula ke otak bersama-sama oksigen bagi elakkan G-lock terjadi. Pengalaman merasai 5G di Centrifuge merupakan pengalaman paling hebat yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalani latihan sebagai juruterbang tempur tentera udara yang perlukan kekuatan fizikal sehingga 9G. Baru sekadar merasai 5G, 10 saat sahaja sudah agak perit untuk ditahan dan saya hampir-hampir rasa pengsan.(G-lock)
  • 4. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 6. 24.01.2011 / 6.30 PM - 11.30 PM/ Perjalanan ke Kuala Perlis Persiapan untuk perjalanan ke Jeti Kuala Perlis, menaiki Bas Pusat Sains Negara. Bas telah sampai ke destinasi pada jam 7.30 AM. Bus berhenti di R&R Bukit Gantang. Pada jam 6.30 AM bus berhenti di sebuah Masjid untuk solat subuh. 7. 25.01.2011 / 8.30 AM – 10.40 AM/Perjalanan Ke Langkawi Kumpulan PCA1M seterusnya meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri pada jam 8.30 AM. Pasukan PCA1M sampai ke destinasi pada jam 10.40 AM dan seterusnya terus menaiki bus menuju ke Hotel The Baron Resort. Setelah Mejar Dr. Faiz Khaleed memberikan taklimat ringkas peserta bersarapan pagi di restoran berhampiran jeti sementara masih ada masa untuk menunggu feri bertolak ke Langkawi. 8. 25.01.2011 / 2.00 PM - 4.20 PM / Aktiviti 1 / Ujian Public Speaking Sesi ujian public speaking dijalankan di bilik Baron 1. Saya telah dipanggil menjadi peserta pertama menyampaikan syarahan bertajuk “Discuss About Microorganism”. Saya agak terkejut kerana tanpa di duga saya dipilih sebagai peserta yang pertama untuk sesi ujian tersebut. Saya telah menyediakan teks ucapan yang telah disiapkan. Pada saat saya membuat sesi syarahan saya tidak melihat langsung teks tersebut. Ahli panel akan membuat penilaian secara menyeluruh meliputi knowledge content, cognitive thingking, assesment of odd thingking and social alienation. Suatu kerugian yang besar kerana saya tidak merujuk bahan teks yang telah saya siapkan menyebabkan aspek isi pengetahuan sains yang saya bentangkan menjadi kurang baik. Saya dapat pengajaran bahawa suatu public speaking yang baik perlu ada isi fakta sains secara terpeinci. Gaya penyampaian yang baik sahaja tidak memadai, ia perlu diiringi dengan sains content knowlegge yang baik. Catatan nota kecil dan ringkas pada tangan adalah perlu bagi membolehkan fakta-fakta sains dapat disampaikan semasa sesi public speaking.
  • 5. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 25.01.2011 / 4.20 PM – 5.30 PM / Ujian Psikologi a) Memori Test -Visual memory b) Personality Assesment of personality preferences jawab set soalan psikologi personaliti c) Projective techniques Lukiskan gambar kereta idaman kamu dan gambar diri kamu sendiri Lukiskan gambaran dalaman kereta idaman kamu. d) Assessment of forgetfulness. Peserta diminta mengingat semula susunan 10 baris abjad yang telah di tunjukkan pada sesi awal ujian memori tadi. Jika peserta mampu mengingat semula semua abjad mengikut tertib dan susunan yang betul menunjukkan daya ingatan yang sangat baik. (tak cepat lupa) Ujian Psikologi dikendalikan oleh: Dr Geshina Ayu – Pakar Psikologi from USM Pn Suzani - Kaunseling Information Science En Anuar Faizal-Social Management Psycologies Assesment of visual wording / visualized items for short term memory ( 6 kali) Result: ESFJ ,Pada pandangan saya penilaian personatity diri yang dijalankan adalah berdasarkan jawapan peserta pada set kertas soalan yang diberikan. Saya kurang yakin sejauh mana kebenaran analisis dan keputusan ujian tersebut kerana peserta bebas membuat pilihan jawapan yang tidak menggambarkan personaliti sebenar. Tanpa disedari bahawa dengan melukis gambar tersebut ahli psikoligi dapat buat penilaian tentang sikap individi dari aspek utamakan keselamatan, perwatakan diri, kemempurnaan dan sistematik. Setiap lukisan ada tafsirannya yang tersendiri. Lukisan yang baik adalah: Lukisan kereta Marcedes yang melambangkan kehebatan, kemewahan keselamatan. Lukisan diri sendiri adalah berdasarkan saiz kepala yang dilukiskan. Kalau saiz kepala besar, menunjukkan sikap ego dan besar kepala, kalau saiz kecil pula menunjukkan tiada keyakinan diri. Yang terbaik adalah saiz kepada yang seimbang dengan saiz badan keseluruhannya. Kesimpulannya lukisan yang idel dan sempurna akan melambangkan kesempurnaan keperibadian seseorang itu dalam skop psikologi. 9. 25.01.2011 / 8.00 PM – 10.30 PM/ Aktiviti 2- Ujian daya kreativiti Projek reka cipta 1- membina kren angkat barang. Bahan: kayu chop stik, lidi sate 2 batang, 2 wayar berlainan warna , 1 paku, 1 keping papan, tape, pisau / gunting. Projek reka cipta 2-mereka cipta alat penembak Kren berjaya dibina dan mencatatkan kekuatan angkatan pin sebanyak 19 unit. Tembakan bola pingpong tersasar dari sasaran. Tiada jatuhan tin dapat dicatatkan.
  • 6. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti menggunakan konsep tuas. Peluru penembak adalah bola pingpong. Alat penembak mampu melancarkan bola pingpong untuk jatuhkan tin- tin yang tel;ah di susun bertingkat. Bahan: 1 unit sudu plastik, botol air mineral 500 ml, 4 unit getah gelang dan 4 batang lidi, pisau, tape. 10. 26.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM / Senaman pagi. 9.00 AM – 11.30 PM / Aktiviti 3 – Abserling / Repeiling. Jurulatih merupakan bekas anggota komando telah menunjukkan demonstrasi aktiviti abserling. Sebelum mula aktiviti peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Peserta diminta membuat penurunan dalam 2 kali sesaran sebelum pendaratan dibuat. Saya dapat melakukan aktiviti abserling dengan ketinggian hampir 10 meter tinggi dengan baik tanpa rasa takut dan gayat. Cuma teknik pendaratan masih perlu dibaiki supaya posisi semasa pendaratan lebih stabil.
  • 7. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 11. 26.01.2011 / 11.30 AM – 12.30 PM / Pertandingan Merempuh Halangan Peserta dikehendaki membawa kerusi sebagai beban dan seorang peserta buka semasa aktiviti larian merempuh halangan. Masa akan dicatatkan berdasarkan peserta terakhir yang berjaya sampai dari keseluruhan jumlah peserta yang ada. Pasukan perlu bijak merancang strategi supaya beban kerusi dan orang buka dapat cepat sampai ke garisan penamat. Sebanyak 2 jenis halangan yang akan digunakan iaitu halangan titi bergantung dan monkey rack. Pasukan 5 telah terlibat dengan sedikit kemalangan semasa orang buta terjatuh semasa melompat tiang di garisan penamat. Mujur tiada kecederaan serius.
  • 8. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 12. 26.01.2011 / 2.00 PM Pergerakan ke lokasi jungle survival, penerimaan alatan (2 unit khemah, dapur masak tentera, 2 unit mestin) bagi semua kumpulan. Pergerakan kumpulan PCA1M dalam bentuk single file ke lokasi based camp. 26.01.2011 / 2.25 PM Aktiviti 4. Sebaik tiba taklimat ringkas diberi oleh jurulatih termasuk Kolonel Mejar Zulkifle. 26.01.2011 / 2.30 PM 3.30 PM Menjawab soalan Psikologi Set 1: solan dalam bahasa inggeris IQ Test Set 2: Solan bahasa Melayu tentang personaliti diri. 26.01.2011 / 3.30 PM – 4.10 PM Setiap kumpulan menetapkan ketua kumpulan dan ketua kumpulan di panggil untuk belajar ikatan manuk. Ketua kumpulan seterusnya mengajarkan teknik ikatan tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Jurulatih membuat semakan bagi memastikan setiap ahli dapat membuat ikatan tersebut. Setiap kumpulan ditetapkan kawasan bagi membina khemah masing-masing. Secara berkumpulan dengan semua ahli memegang tali
  • 9. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti perlu mengaplikasikan ikatan manuk pada sebatang pokok sebenar dengan syarat tanpa melepaskan tangan sehingga ikatan tersebut disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Kumpulan saya (kumpulan 3) berjaya menyiapkan tugasan dengan catatan masa terpantas. 13. 26.01.2011 / 4.10 PM – 5.50 PM Aktiviti 5 Treasure Hunt 1- silang kata Setiap peserta diberikan sebiji telor untuk dijaga sepanjang masa sebelum aktiviti bermula. Klu diberi kan peserta secara berkumpulan perlu mencari klu seterusnya dan menyelesaikan solan teka silang kata yang diberi untuk mencari klu dan jawapan yang seterusnya. Traesure Hunt 2- mencari makanan tersembunyi Peserta diberi klu bagi mengesan makanan dan 1 tin ikan sardin yang berada di 2 lokasi yang berbeza. Kedua-dua tugasan berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • 10. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 26.01.2011 / 5.30 PM – 7.00 PM / Aktiviti 6 / Buat Khemah dan Masak / Makan Malam Berkumpul di Check Point (CP), dan menerima arahan untuk buat persiapan khemah dan persediaan masakan untuk makan malam. Makanan yang telah siap perlu dihidangkan untuk diadili oleh fasilitator. Avila Sanis telah membuat pembentangan masakan makan malam bagi kumpulan Kaizen. Setelah selesai Kol. Mej Zulkifli mengarahkan pertukaran makanan, yang mana makanan yang di sediakan akan di makan oleh kumpulan yang lain. Agihan tugas diperingkat kumpulan ada yang dirikan khemah dan buat kerja memasak. Kumpulan 3 berjaya siapkan khemah dan hidangkan makanan dengan masakan nasi putih, lauk ikan sardin yang siap dihias dengan dekorasi menggunakan daun-daun pokok. Makanan kumpulan Kaizen dapat pengiktirafan masakan yangterbaik memandangkan hiasan dan nasi yang dimasak dengan baik. Namun makanan tersebut terpaksa ditukar dengan kumpulan lain dari Kumpulan 2 yang mana nasinya kurang masak sedikit. Semua ahli berkongsi makan masakan tersebut. 14. 26.01.2011 / 7.00PM – 9.25 PM / Aktiviti 7 Wisel dibunyikan lebih dari 2 kali dan semua peserta berkumpul di CP untuk melaksanakan aktiviti mengesan objek buatan manusia yang di letakkan dalam kawan yang telah di tandakan sempadanya. Secara individu peserta perlu mencatat seberapa banyak objek yang mereka boleh perhatikan dalam sempadan kawasan tersebut dalam suasana yang hampir gelap. Setelah selesai peserta dibenarkan pulang ke khemah untuk buat pentadbiran berkumpulan termasuk melaksanakan solat. Aktiviti ini menguji kebolehan daya pemerhatian untuk mengesan objek tersembunyi di dalam kawasan perimeter yang telah di tetapkan. Antara objek yang dapat dikesan adalah:duit kertas RM 5, ubat gigi, sudu, tape, tali,botol ,botol air mineral,plastik, kertas A4, getah gelang,set khemah, dll. Ujian ini bagi mengesan ciri-ciri seorang angkasawan memerlukan daya pemerhatian dan fokus yang baik.
  • 11. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 26.01.2011 / 9.25 PM – 10.45 PM Isyarat wisel memanggil semua peserta berkumpul di CP untuk arahan tugasan seterusnya. Setiap kumpulan di arah mencari 3 jenis hidupan yang hidup dengan bantuan sebuah pelita pelaut yang akan dibawa oleh seorang fasilitator. Setelah tugasan selesai pihak jurulatih telah menghukum semua peserta untuk terjun ke laut supaya semua badan basah dalam tempoh 2 minit. Jika ada yang lewat hukuman tersebut perlu diulangi semula. Hukuman dalam bentuk tekan tubi juga dikenakan kepada semua peserta. Jurulatih akan terus menghukum sehingga ada keseragaman dalam pelaksanaan hukuman yang telah diberikan. Hukuman tersebut benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan oleh ahli psikologi ke atas setiap peserta melalui gambar-gambar yang juga ditangkap bagi tujuan analisa. Peserta terpaksa mengulangi perbuatan terjun ke laut hampir 3-4 kali sehingga semua ahli dapat sampai ke CP sebelum 2 minit. Kumpulan kaizen berjaya menangkap 1 ekor katak puru, 1 ekor anak cicak dan 1 ekor kumbang tanah. Pengajaran adalah orang yang kuat perlu bantu orang yang lemah, jangan pentingkan diri sendiri untuk sampai awal sedangkan ada peserta lain yang lambat. Peserta yang sering lambat pula perlu berusaha lebih gigih lagi supaya tidak menjadi beban kepada ahli kumpulan yang lain. 15. 26.01.2011 / 10.45 PM – 12.35 PM Setelah hukuman selesai dan jurulatih berpuas hati barulah peserta di benarkan balik ke kem masing-masing dalam keadaan yang tidak selesa kerana pakaian basah, kurang makanan dan minuman serta kepenatan. Daya ketahanan fizikal & mental peserta diuji supaya tidak cepat mengalah dengan cabaran yang bakal dilalui. Saya memahami bahawa Angkasawan perlu mempunyai kekuatan dari aspek mental dan fizikal kerana setiap masa penuh dengan cabaran.
  • 12. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 27.01.2011 / 12.35 PM – 1.35 AM Peserta berkumpul semula di CP, dan di denda berendam di dalam laut dan tekan tubi sekali lagi secara berulang kali. Seterusnya semua peserta diarah memegang tali dan berjalan dalam 1 barisan (single file) menuju ke arah laut. Kami diarahkan bergerak hampir 100 meter ke dalam jarak dari pantai untuk direndam dalam keadaan merangkak dan duduk. Peserta sengaja direndam supaya merasa kesejukan dengan air laut dan tiupan angin. Jurulatih membuat kiraan jumlah peserta dalam selang masa setiap 15 minit bagi mestikan peserta semua dalam keadaan baik. Seterusnya kami di arah merangkak untuk naik ke tebing pantai dan berbaring di atas pasir pantai dalam keadaan baring muka melihat ke langit dan kaki diangkat ke atas. Setelah jurulatih berpuas hati baru kami di arahkan naik ke atas pulang ke kem masing- masing. Semasa hukuman diberikan, peserta diuji daya ketahanan mental dan fizikal. Selain itu semangat kerja berpasukan juga dapat dinilai melalui keseragaman pelaksanaan hukuman yang dilaksanakan dan keupayaan mengikuti arahan yang diberikan.
  • 13. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 16. 27.01.2011 / 1.50 AM – 3.30 AM Berkumpul di CP dan seterusnya mara dalam format 1 barisan ke kawasan lain yang melalui 2 CP masuk ke kawasan bagi operasi serang hendap lanun yang dipercayai seramai 2-3 orang. Pasukan di arahkan supaya hanya menangkap, tidak mencederakan lanun yang dipercayai bersenjatakan parang dan tidak membawa sebarang senjata api. Setelah bersembunyi di lokasi tepi sepanjang jalan bagi melaksanakan operasi serang hendap. Operasi serang hendap gagal kerana sebilangan besar peserta yang kepenatan telah tertidur dan ada yang tidak tidur namun tidak memberikan isyarat kepada anggota lain untuk menangkap lanun yang telah melalui jalan tersebut sehingga sebanyak 2 kali. Lantaran kegagalan operasi tersebut semua peserta dikenakan hukuman tekan tubi, merangkak, side roll, forward role, berjalan itik, dan memikul manusia di atas jalan raya yang berturap. Persediaan sebelum pergerakan masuk ke tempat serang hendap.
  • 14. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 27.01.2011 / 3.30 AM – 5.20 AM Setelah jurulatih berpuas hati dengan hukuman dan tiada mana-mana ahli yang rela mengundur diri seterusnya kami di arahkan untuk duduk secara berasingan dan berjauhan antara satu sama lain di kawasan Jirat Orang Cina bagi tujuan penilaian fear coping ke atas peserta dapat dijalankan. Tanah Perkuburan Cina (Jirat Cina) 17. 27.01.2011 / 5.20 AM – 7.00 AM Pergerakan pulang semula ke based camp menggunakan laluan jalan berturap. Tiba di kem semua kumpulan di arah buat pentadbiran sendiri termasuk melaksanakan solat dan menunggu arahan aktiviti yang seterusnya dari jurulatih. 18. 27.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM Aktiviti senaman, bermula dengan wakil kumpulan mengetuai sebarang bentuk aktiviti di hadapan secara bergilir-gilir, warp-up, dan aktiviti fizikal fitness di tepi pantai yang dijalankan dalam bentuk station yang melibatkan beberapa disiplin dan praktis latihan mengikut arahan jurulatih.
  • 15. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 19. 27.01.2011 / 8.00 AM – 10.00 AM Penyediaan masakan sarapan pagi untuk dipersembahkan dan dinilai oleh fasilitator/ jurulatih. Kol. Mej. Zulkifli telah memberikan sekotak KFC berisi 2 ketul ayam KFC supaya dapat diagihkan kepada semua peserta dengan saksama. Semua peserta mencubit ayam tersebut satu per satu sehingga 2 pusingan barulah proses agihan tersebut dapat disempurnakan,Setelah itu barulah semua peserta dibenarkan bersarapan pagi. Setiap kumpulan mendapat menu tambahan 1 keping roti canai. Dua ketul ayam KFC perlu dibahagi sama banyak kepada 28 orang peserta PCA1M.
  • 16. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 20. 27.01.2011 / 10.00 AM – 1.15 PM / Aktiviti Explorace Pertandingan antara pasukan mempunyai pelbagai tahap dan jenis tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut format explorace. Pasukan perlu mencatatkan masa / kuantiti yang terpantas bagi memenangi aktiviti ini. Jenis aktiviti: 1.Puzzle game susunan huruf I, dan K (huruf besar) 2.Permainan sodoku 1 3. Pemainan Sodoku 2 4. Kampung Sana Sani- angkut air dari laut untuk di isi dalam botol menggunakan kain. Seorang ahli akan menjadi orang buta akan menerima cawan plastik yang berisi air untuk dituang dalam botol. Kumpulan yang menang akan ditentukan berdasarkan isipadu air yang berjaya dikumpulkan. Kaizen berjaya menjadi pemenang tempat pertama dalam pertandingan. 21. 27.01.2011 / 1.15 AM – 2.45 PM / Aktiviti Debrifing and Decision Making Peserta diuji bagi membuat keputusan dan menerima tekanan berbentuk toucher daripada jurulatih semasa membuat keputusan.
  • 17. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 22. 27.01.2011 / 1.35 PM – 5.30 PM Aktiviti- Membina Rakit Semua kumpulan mengemaskan perkhemahan dan memulangkan semula peralatan perkhemahan kepada jurulatih bagi bergerak ke Kem PLKN untuk melakukan aktiviti membuat rakit. Pergerakan ke KEM PLKN adalah dengan berjalan kaki. Semua pasukan membina rakit menggunakan 6 buah pelampung dan 4 batang rod. Semua rod dan pelampung perlu diikat dengan menggunakan teknik ikatan manuk secara bersilang dua dan di matikan dengan ikatan buku sila. Jurulatih membuat semakan ikatan yang telah siap. Jurulatih memberikan taklimat berakit kepada semua kumpulan sebelum memulakan perlumbaan rakit. Setelah berjaya berakit peserta perlu membuka semula semua ikatan dan memulangkan bahan-bahan ke tempat yang telah ditetapkan bagi membolehkan kumpulan melaporkan diri
  • 18. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti kepada jurulatih yang akan mencatatkan masa menamatkan tugasan berakit. Pasukan kaitan menamatkan perlumbaan di tempat ke-3. Rakit yang telah menamatkan perlumbaan perlu di buka semula semua ikatan bagi membolehkan masa dicatatkan oleh jurulatih. 23. 27.01.2011 / 5.30 PM – 6.30 PM / Aktiviti Permainan Bola di Laut. Peserta PCA1M termasuk fasilitator / jurulatih bermain bola pantai di dalam laut. Pasukan menjaringkan gol terbanyak adalah pemenang.Pasukan Lanun telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. 24. 27.01.2011 / 8.00 PM – 10.00 PM / Majlis BBQ Majlis makan malam dijalankan ala BBQ dengan pelbagai menu hidangan di sediakan oleh pihak hotel. Peserta berpeluang menikmati pelbagai menu makanan yang enak setelah tamat latihan paling mencabar petang tadi. Majlis BBQ bersama Mr Dr Faiz Khaleed 25. 27.01.2011 / 10.00 PM – 10.30 PM / Penyampaian Hadiah Majlis bermula dengan ucapan En Zailani Samberid selaku CEO YAM, Kol. Mej Zulkifli Md Jusoh selaku Pengarah PCA1M, Mejar Dr. Faiz Kumpulan Terbaik: Kumpulan 2 Anugerah Mr. Nice Guy: Emiardy Jemi
  • 19. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti Khaleed, Cik Natrah dan wakil urus setia dari Pusat Sains Negara bagi mengambil peluang memohon maaf serta memberikan sedikit rumusan berkaitan PCA1M yang telah dijalankan dengan jayanya. Penyampaian hadiah untuk pasukan terbaik dan anugerah Mr. Nice Guy telah disempurnakan. Kumpulan Terbaik “Kumpulan 2” Mr Nice Guy “Emiardy Jemi” 26. 27.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM / Aktiviti Latihan Nyanyian Lagu Angkasa dan Lagu Mosti dijalankan di bilik Baron 2 dikendalikan oleh Fasilitator En Badrul. Turut hadir ialah Cik Natrah serta Cik Rabiatul. Peserta juga berpeluang membuat tuntutan perjalanan dengan Cik Rabiatul yang menguruskan bahagian kewangan di YAM. Perserta berjaya menghafal 80% lirik lagu angkasa dan lagu Mosti. Susunan dan formasi bagi nyanyian juga telah disusunkan dengan baik. 27. 28.01.2011 / 7.00 AM – 12.00 PM/ Hari Terbuka Observatori Negara Langkawi (ONL) Menyertai senam robik, larian 3.5 km sempena Hari Terbuka ONL dan ceramah Angkasawan Negara, Dr. Faiz Khaleed. Berjaya menamatkan larian tempat ke 11 daripada 28 orang peserta PCA1M.
  • 20. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti Observatiro Negara Langkawi (ONL) terletak di kawasan hutan simpan di Empangan Bukit Malut, Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibina dan lengkap dengan sistem teleskop robotik yang boleh dikawal secara jauh (remote) melalui talian internet dan membolehkan penyelidikan astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi tempatan, serantau dan antarabangsa.
  • 21. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 28. 28.01.2011 / 12.00 PM- 2.30 PM Melawat Pekan Kuah, Langkawi. Peserta PAC1M berpeluang melawat pusat membeli belah Billion di Pekan Kuah merupakan kawasan bebas cukai. 29. 28.01.2011 / 2.30 PM – 6.30 PM Makan tengah hari, TEMU DUGA AKHIR FINALIS PAC1M dan persiapan untuk majlis perasmian ONL oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Jonity Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi di ONL, Bukit Malut, Langkawi. 28.01.2011 / 7.00 PM – 10.40 PM Perasmian ONL dan Penyampaian hadiah kepada peserta PAC1M dan pengumuman juara PAC1M juga telah diumumkan sendiri oleh Y.A.B Menteri pada majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh tetamu jemputan dan pihak media. Selesai majlis semua tetamu menghadiri majlis makan malam. Juara PCA1M
  • 22. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti 30. 28.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM Sesi Debrifing bersama Kol. Mej Zulkifli, Mejar Dr Faiz Khaleed dan Pakar Psikologi di ketuai oleh Dr Genisha Ayu. Semua peserta diberikan taklimat tentang kriteria yang perlu ada bagi memilih juara. Setiap peserta mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Analisis pakar psikologi membolehkan peserta sedar akan diri masing-masing dan dapat memikirkan langkah-langkah proaktif bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi kekuatan diri masing-masing. Kol. Mej. Zulkifli Md Jusoh ada meminta saya menyebutkan nama beberapa orang rakan yang telah saya kenal setelah program berjalan selama 6 har. Saya tidak dapat menyebutkan 27 nama kawan-kawan yang terlibat dengan PCA1M dengan lengkap. Kesimpulan yang saya dapat di sini adalah kita perlu bergaul secara menyeluruh dengan semua peserta PCA1M, jangan hanya fokus kepada ahli kumpulan sendiri sahaja, pergaulan dengan ahli kumpulan dari kumpulan lain juga perlu supaya kita dapat mengenali lebih ramai orang dalam suatu masa tertentu. Sebaik-baiknya kita perlu mengingat semua nama-nama sahabat baru yang kita telah kenali. 31. 29.01.2011 / Perjalanan Balik 7.00 AM Bersarapan pagi di hotel. 8.00 – 9.00 AM, Mengemaskan beg dan daftar keluar hotel. 9.00-9.30 AM, Sesi perpisahan dan bermaaf-maafan di antara peserta PCA1M, Jurulatih, fasilitator dan urus setia. Semua yang hadir juga mengadakan sesi bergambar perpisahan sebelum menghantar 18 peserta yang menaiki kapal terbang ke Lapangan Kapal Terbang, Pulau Langkawi. Seorang peserta Mohd Farhan Bin Johari tidak pulang kerana mahu
  • 23. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti tinggal lebih lama di Langkawi di rumah kawannya. Perjalanan pulang berjalan dengan lancar. Peserta PCA1M merasa sedih dengan saat perpisahan dan merasa gembira kerana telah berjaya menamatkan cabaran-cabaran PCA1M dengan jayanya. Kami semua berharap agar perhubungan yang telah terbina dalam kalangan ahli akan terus kekal dan segala impak positif yang telah diperolehi melalui PCA1M dapat dimanfaatkan untuk penambah-baikan diri dalam kehidupan seharian. 10.00 AM – 11.00 PM Seramai 9 orang peserta pula akan mengikuti perjalanan pulang dengan menaiki feri dan bus yang disediakan pihak penganjur untuk ke Kuala Lumpur. Semua peserta PCA1M yakin akan kebolehan diri masing-masing yang mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Peserta dapat mengenal diri masing-masing dengan lebih baik dan mempunyai azam bagi meningkatkan lagi kualiti diri supaya menjadi modal insan yang bertaraf dunia kepada agama,bangsa dan negara. Saya yakin semua peserta PCA1M telah dapat gambaran jelas tentang kriteria pemilihan calon Angkasawan Negara. Matlamat program PCA1M ini telah berjaya dicapai
  • 24. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti dan harapan suopaya semua peserta finalis yang berupaya memindahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang Program Angkasawan Negara kepada masyarakat sekitar. Saya akur dengan keputusan juri yang telah memilih pemenang PCA1M yang pertama kepada Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar. Moga peluang melawat Star City, Moscow dapat di kongsi bersama dengan semua peserta PCA1M. Saya turut berbangga kerana calon dari Zon Tengah telah dipilih sebagai Juara kali ini. Syabas diucapkan kepada Awang Shahrizan. Program PCA1M wajar diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sains dan teknologi dan sains angkasa kepada manusia. Catatan:PCA1M fasa kedua anjuran Yayasan Angkasawan Malaysia diadakan di Pulau Langkawi. Program berkenaan diketuai oleh Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkifly Yusoff, dan Angkasawan Malaysia kedua, Mejar Dr Faiz Khalee REFLEKSI PCA1M 2011 PCA1M merupakan suatu program pembangunan insan menyeluruh dan baik kerana ia telah berjaya menggabungkan elemen kekuatan mental dan fizikal dalam bentuk penilaian aspek psikologi yang sangat sistematik. Peserta dapat dinilai dalam bentuk mental, fizikal, kepimpinan, kerjasama berkumpulan, kemahiran berkomunikasi, kreativiti, keberanian, dan personaliti diri. PCA1M siri 1 ini mampu menarik minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains teknologi dan inovasi (STI) yang banyak memberi manfaat kepada semua manusia di bumi. Perasaan gembira jelas terpapar pada setiap peserta sebagai tanda kepuasan setelah berjaya menamatkan segala cabaran dalam PCA1M siri 1. Pada akhir PCA1M siri 1 saya dapat pengalaman baru yang sangat berguna untuk dimanfaatkan dan dikongsikan bersama murid-murid saya di sekolah. Pelbagai aktiviti dan latihan yang telah dijalani mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu. Pengetahuan dan pendedahan menjalani ujian pemilihan calon angkasawan akan dijadikan pembakar semangat dalam jiwa bagi terus berusaha memperbaiki kelemahan diri dan menempuh pelbagai cabaran dalam realiti kehidupan yang sebenar.
  • 25. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti Alhamdulullah syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan saya peluang bagi menyertai PCA1M fasa 2 dengan jayanya dan tidak ditimpa sebarang kemalangan sewaktu menjalani aktiviti- aktiviti PCA1M. Terima kasih kepada pihak Yayasan Angkasawan Malaysia, ANGKASA dan MOSTI yang telah merealisasikan impian saya sebagai peserta finalis Program Cabaran Angkasawan Malaysia (PCA1M) Siri 1 tahun 2010. Segala pengalaman yang telah diperolehi dari PCA1M pasti tidak akan disia-siakan. Saya sedar bahawa setiap warga negara Malaysia perlu meningkatkan kefahaman tentang matlamat Program Angkasawan Negara dan meningkatkan minat dan kesedaran dikalangan murid-murid sekolah tentang kepentingan subjek sains dan teknologi bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Journal PCA1M Disedialan oleh, ..................................................... (SHAMSUL BIN MHD SAYUTI)
  • 26. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti
  • 27. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti
  • 28. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti
  • 29. Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti