Lagu ini memuji sifat-sifat positif Nabi Yusuf seperti ketakwaan kepada Allah, ketaatan kepada orang tua, kesabaran, kerja keras, kebaikan hati, kemampuan mengampuni, dan kebijaksanaan dalam menyelamatkan orang lain serta menjauhi godaan.
1. Ku mahu seperti Yusuf , yang elok paras dan hatinya
Taat kepada Allah ..Hormati ibubapa
Bertahan di dalam derita
Ku mahu seperti Yusuf, Yang rajin dan baik hati
Walau menjadi hamba, dia tetap percaya
Menang ujian walaupun digoda
2. Koor:
Ku mahu seperti Yusuf
Yang suci dan rendah hati
Rela mengampuni sepenuh hati
Bersabar walau dilukai
Ku mahu seperti Yusuf
Yang rajin dan baik hati
Taat kepada ayah sayang kepada ibu
Hormati abang dan adik
3. Bridge/
Yusuf yang bijak menyelamatkan orang
Yang kelaparan di seluruh bumi
Yusuf yang bijak menjauhi godaan
Tidak menyerah pada nafsu dunia
Song Composer: Pr. Agnes Jirin Bayak 2017,Miri