SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________




                                     PENGURUSAN
                                       SUMBER
                                       MANUSIA

7.1 Proses Penstafan
    Rajah 7.1 menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan berlaku yang
    akan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia.




    Pengambilan
      Pekerja            Pemilihan
                                             Orientasi
                                                                Penilaian
                                                                 prestasi




                                                              Latihan dan
                                             Pertukaran      Pembangunan
                           Pampasan            Tugas
        Penamatan          organisasi




                       Rajah 7.1 : Aliran Proses Penstafan
     7.1.1   Pengambilan Pekerja
             Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat
             calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam
             organisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus



                                                                                      1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

             pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa
             faktor seperti :-
             a. Peraturan kerajaan
             b. Polisi syarikat
             c. Permintaan dan penawaran buruh
             d. Kemahiran dan kelulusan


             Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan
             kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber
             berikut:-
             a.   Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan
                  organisasi sekarang.
             b. Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di
                  sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh ,
                  organisasi swasta dan orang perseorangan.


             Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :-
             a. Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau
                  write in.
             b. Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.
             c. Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh
                  dan lain-lain.
             d. Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik.


     7.1.2   Pemilihan
             Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik
             daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi
             kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur
             pemilihan pekerja adalah seperti berikut:-


             a.   Borang permohonan




                                                                                  2
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

                  Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja
                  yang mengandungi maklumat peribadi, mengemukakan resume dan
                  salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan.


             b.   Ujian untuk proses pemilihan
                  Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian
                  personaliti dijalankan dalam proses pemilihan.


             c. Temuduga
                  Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas
                  akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat
                  memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan
                  calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan
                  dengan syarikat.


             d. Semakan rujukan
                  Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada
                  orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam
                  permohonan.


             e. Pemeriksaan Kesihatan
                  Calon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani
                  pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk
                  memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.


             f.   Tawaran pekerjaan
                  Calon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan
                  menerima surat tawaran pekerjaan.




     7.1.3   Orientasi


                                                                                         3
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________


             Orientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan
             membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi.
             Orientasi bertujuan untuk :-
             a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik
             b. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengan
                 sempurna.
             c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja
                 baru
             d. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinan
                 diri
             e. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.




     7.1.4   Latihan dan Pembangunan


             Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang
             berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan
             pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk
             meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara-
             perkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada
             kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada
             pekerja dikenalpasti melalui :-
             a. Penilaian prestasi.
             b. Analisis keatas keperluan pekerjaan.
             c. Analisis organisasi.
             d. Pandangan pekerja.




             Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :-


                                                                                4
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

             a. Latihan sambil bekerja
             b. Latihan di luar tempat kerja
             c. Latihan intensif
             d. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
                 institusi khusus.


             Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankan
             aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan
             untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk
             memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta
             menyedarkan pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara
             beberapa contoh pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :-
             a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang
                 ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.
             b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang
                 dilaksanakan oleh institusi latihan.
             c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke
                 penempatan/ kedudukan lain.
             d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang
                 mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu.


     7.1.5   Penilaian prestasi


             Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai
             kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :-
             a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi
                 kerja mereka.
             b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja
                 meningkatkan prestasi.
             c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran
                 kepada pekerja.
             d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-
                 aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja.


                                                                                     5
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

            e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber
               manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran
               organisasi.


           Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:
            a. Penilaian tidak formal: proses memberi maklumbalas yang
               berpanjangan kepada pekerja tentang apakah yang dicapai oleh
               mereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap hari.
            b. Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun
               setahun sekali.


           Tugas dan tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukan
           oleh pengurus terdekat. Walau bagaimanapun penilaian juga boleh
           dilakukan oleh sekumpulan pengurus dan sekumpulan rakan sekerja
           seseorang pekerja.


           Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja
           adalah :-
            a. Senarai semakan (checklist) – cara yang termudah untuk menilai
               prestasi dengan berdasarkan kepada senarai
            b. Graphic rating scales – alat yang paling popular diguanakan dan
               boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.
            c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) – cara yang lebih
               menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
               pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.
            d. Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan,
               gelagat dan prestasi pekerja.
            e. Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada
               penerimaan program-program MBO.




                                                                                  6
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

     7.1.6   Pertukaran Tugas


             Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal
             ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat,
             diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.




     7.1.7   Pampasan organisasi


             Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang
             diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang
             mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji
             dan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan
             dengan kewangan.


             Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada
             pekerja secara adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai
             daya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.


             Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan
             faedah organisasi. Pampasan kewangan adalah seperti pencen, insuran
             , pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk
             rawatan pergigian dan cuti bersalin.


             Pampasan dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua iaitu
             berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji.
             Manakala faedah yang bukan berbentuk kewangan adalah untuk
             meningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin, cuti
             melanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan
             perkhidmatan kaunseling.




                                                                                     7
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________




      7.1.8   Penamatan


              Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang
              disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau
              meninggal dunia.




7.2   Kesan Penstafan Terhadap Organisasi


      a. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan
          yang diperlukan.
      b. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan
          pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
      c. Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui
          proses orientasi.
      d. Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan
          yang diadakan.
      e. Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat
          membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi.




                                                                                   8

More Related Content

What's hot

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaAzalina Harun
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaNur Aisyah Khor
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianzuridah wahab
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIAPENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIAsaadiah alidrus
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTANCkg Nizam
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasisiti arzmi
 
Bpp 602 security and safety addministration
Bpp 602 security and safety addministrationBpp 602 security and safety addministration
Bpp 602 security and safety addministrationKamizatul Liyana
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSILala Aliron
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja firo HAR
 

What's hot (20)

Tajuk 4 penilaian keperluan
Tajuk 4 penilaian keperluanTajuk 4 penilaian keperluan
Tajuk 4 penilaian keperluan
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIAPENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
 
Pampasan
PampasanPampasan
Pampasan
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTAN
 
Bab 3 job_analysis_1_
Bab 3 job_analysis_1_Bab 3 job_analysis_1_
Bab 3 job_analysis_1_
 
Tajuk 7 penilaian latihan
Tajuk 7 penilaian latihanTajuk 7 penilaian latihan
Tajuk 7 penilaian latihan
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
Bpp 602 security and safety addministration
Bpp 602 security and safety addministrationBpp 602 security and safety addministration
Bpp 602 security and safety addministration
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
DOKUMENTASI
DOKUMENTASIDOKUMENTASI
DOKUMENTASI
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSI
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja
 
Pengurusan Masa
Pengurusan Masa Pengurusan Masa
Pengurusan Masa
 

Similar to Pengurusan sumber manusia

Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiKuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiMukhrizal Effendi
 
Perencanaan pegawai (staffing)
Perencanaan pegawai (staffing)Perencanaan pegawai (staffing)
Perencanaan pegawai (staffing)Rijal STIE Bima
 
Mevi ramadhan (11150143) makalah uts
Mevi ramadhan (11150143) makalah utsMevi ramadhan (11150143) makalah uts
Mevi ramadhan (11150143) makalah utsmeviramadhan
 
Nasrulloh makalah uts
Nasrulloh makalah utsNasrulloh makalah uts
Nasrulloh makalah utsnazhuyz
 
Pelatihan dan pengembangan karyawan
Pelatihan dan pengembangan karyawanPelatihan dan pengembangan karyawan
Pelatihan dan pengembangan karyawanpadlah1984
 
Makalah uts ari wijaya
Makalah uts ari wijayaMakalah uts ari wijaya
Makalah uts ari wijayaariwijaya26
 
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptxPENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptxbaiqfitriah
 
Management Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaManagement Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaMas Tri Sragen
 
PPT Introduction to Human resources development
PPT Introduction to Human resources developmentPPT Introduction to Human resources development
PPT Introduction to Human resources developmentAfdaliza1
 

Similar to Pengurusan sumber manusia (20)

Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiKuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
 
Perencanaan pegawai (staffing)
Perencanaan pegawai (staffing)Perencanaan pegawai (staffing)
Perencanaan pegawai (staffing)
 
Tugas si sdm
Tugas si sdmTugas si sdm
Tugas si sdm
 
Mevi ramadhan (11150143) makalah uts
Mevi ramadhan (11150143) makalah utsMevi ramadhan (11150143) makalah uts
Mevi ramadhan (11150143) makalah uts
 
Modul 5 kewirausahaan
Modul 5 kewirausahaanModul 5 kewirausahaan
Modul 5 kewirausahaan
 
Nasrulloh makalah uts
Nasrulloh makalah utsNasrulloh makalah uts
Nasrulloh makalah uts
 
Makalah 1 (satu)
Makalah 1 (satu)Makalah 1 (satu)
Makalah 1 (satu)
 
Makalah 1 (satu)
Makalah 1 (satu)Makalah 1 (satu)
Makalah 1 (satu)
 
Pelatihan dan pengembangan karyawan
Pelatihan dan pengembangan karyawanPelatihan dan pengembangan karyawan
Pelatihan dan pengembangan karyawan
 
Leadership
LeadershipLeadership
Leadership
 
Makalah msdm
Makalah msdmMakalah msdm
Makalah msdm
 
Makalah uts ari wijaya
Makalah uts ari wijayaMakalah uts ari wijaya
Makalah uts ari wijaya
 
Training and development hrm
Training and development hrmTraining and development hrm
Training and development hrm
 
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptxPENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
 
Management Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaManagement Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya Manusia
 
PPT Introduction to Human resources development
PPT Introduction to Human resources developmentPPT Introduction to Human resources development
PPT Introduction to Human resources development
 
Bab 14 sdm
Bab 14 sdmBab 14 sdm
Bab 14 sdm
 
Makalah jihan
Makalah jihanMakalah jihan
Makalah jihan
 
Evaluasi kinerja
Evaluasi kinerjaEvaluasi kinerja
Evaluasi kinerja
 
Makalah 2
Makalah 2Makalah 2
Makalah 2
 

Pengurusan sumber manusia

  • 1. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 7.1 Proses Penstafan Rajah 7.1 menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan berlaku yang akan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia. Pengambilan Pekerja Pemilihan Orientasi Penilaian prestasi Latihan dan Pertukaran Pembangunan Pampasan Tugas Penamatan organisasi Rajah 7.1 : Aliran Proses Penstafan 7.1.1 Pengambilan Pekerja Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam organisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus 1
  • 2. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :- a. Peraturan kerajaan b. Polisi syarikat c. Permintaan dan penawaran buruh d. Kemahiran dan kelulusan Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:- a. Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan organisasi sekarang. b. Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh , organisasi swasta dan orang perseorangan. Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :- a. Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau write in. b. Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja. c. Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh dan lain-lain. d. Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik. 7.1.2 Pemilihan Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur pemilihan pekerja adalah seperti berikut:- a. Borang permohonan 2
  • 3. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja yang mengandungi maklumat peribadi, mengemukakan resume dan salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan. b. Ujian untuk proses pemilihan Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian personaliti dijalankan dalam proses pemilihan. c. Temuduga Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan dengan syarikat. d. Semakan rujukan Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam permohonan. e. Pemeriksaan Kesihatan Calon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan. f. Tawaran pekerjaan Calon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan menerima surat tawaran pekerjaan. 7.1.3 Orientasi 3
  • 4. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ Orientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi. Orientasi bertujuan untuk :- a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik b. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengan sempurna. c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja baru d. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinan diri e. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama. 7.1.4 Latihan dan Pembangunan Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara- perkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada pekerja dikenalpasti melalui :- a. Penilaian prestasi. b. Analisis keatas keperluan pekerjaan. c. Analisis organisasi. d. Pandangan pekerja. Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :- 4
  • 5. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ a. Latihan sambil bekerja b. Latihan di luar tempat kerja c. Latihan intensif d. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus. Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankan aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta menyedarkan pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara beberapa contoh pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :- a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang ditetapkan mengikut kurikulum tertentu. b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang dilaksanakan oleh institusi latihan. c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke penempatan/ kedudukan lain. d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu. 7.1.5 Penilaian prestasi Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :- a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi kerja mereka. b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja meningkatkan prestasi. c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran kepada pekerja. d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti- aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja. 5
  • 6. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran organisasi. Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori: a. Penilaian tidak formal: proses memberi maklumbalas yang berpanjangan kepada pekerja tentang apakah yang dicapai oleh mereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap hari. b. Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun setahun sekali. Tugas dan tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukan oleh pengurus terdekat. Walau bagaimanapun penilaian juga boleh dilakukan oleh sekumpulan pengurus dan sekumpulan rakan sekerja seseorang pekerja. Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja adalah :- a. Senarai semakan (checklist) – cara yang termudah untuk menilai prestasi dengan berdasarkan kepada senarai b. Graphic rating scales – alat yang paling popular diguanakan dan boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci. c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) – cara yang lebih menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi. d. Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan, gelagat dan prestasi pekerja. e. Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada penerimaan program-program MBO. 6
  • 7. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ 7.1.6 Pertukaran Tugas Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat, diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain. 7.1.7 Pampasan organisasi Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji dan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan dengan kewangan. Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada pekerja secara adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai daya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif. Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan faedah organisasi. Pampasan kewangan adalah seperti pencen, insuran , pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk rawatan pergigian dan cuti bersalin. Pampasan dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua iaitu berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji. Manakala faedah yang bukan berbentuk kewangan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin, cuti melanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan perkhidmatan kaunseling. 7
  • 8. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ 7.1.8 Penamatan Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau meninggal dunia. 7.2 Kesan Penstafan Terhadap Organisasi a. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan. b. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu c. Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi. d. Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan yang diadakan. e. Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi. 8